Wednesday, September 22, 2010

USAHA + DOA + SABAR

assalamualaikum dan helo hello~

tetiba malam ni terajin sangat na hapdet belog..bila dh mula hapdet mula la jari jemari aku ni rajin nak menaip patah perkataan..

tiap hari ada sahaja kejadian yang berlaku..tiap saat ada sahaja memori yang tercipta..tapi terkadang seakan sukar untok diluahkan dengan kata-kata..terkadang aku berasa sukar untok menaip apa sahaja yang aku rasa tiap detik..minit..jam..hari..semuanya seakan terbuku dalam hati..bila dah terpendam gitu mula la nak meleleh ayaq mata la..hape la..kekadang dah penat dengan perasaan yang camni..

namun itu la perasaan yang ada bagi setiap insan..manusia ciptaan ALLAH sememangnya dikurniakan dengan pelbagai perasaan..marah..sedih..gembira..sayang..cinta..dan macam2 lagi la kan..walaupon kita semua mengharapkan semuanya indah belaka yang boleh ciptakan kegembiraan namun kita harus merasai kedukaan..itu lah lumrah sebuah kehidopan kan..tak selamanya kita akan gembira..ada ketikanya duka menjengah di hati kita..

begitu jugak dengan aku..kadang2 aku terpikir betapa kesiannya hidop aku..tapi aku lupa hakikatnya aku sangat bertuah kerana ALLAH sangat sayang padaku sebab tu ALLAH selalu menduga aku..maafkan aku YA ALLAH kerana lupa tentang itu..bila menyedari betapa silapnya pemikiran aku itu..aku mula bersyukur di sebalik dugaan yang hadir dalam hidop aku ni, ALLAH telah kurniakan aku kesabaran, kekuatan dan ketabahan hati dalam menghadapi segalanya di dunia ini..kadang2 rasa macam tak percaya aku mampu harungi segala kesulitan dengan penuh ketenangan..TERIMA KASEH YA ALLAH..

sekarang aku sedang berasa sedikit kebahagiaan..adakah kebahagiaan ni akan berpanjangan dan akhirnya apa yang aku impikan akan menjadi suatu kenyataan..?? apakah inilah hikmah yang aku dapat atas kesedihanku suatu masa dulu..walau apapon, aku akan terus berusaha tanpa jemu..berdoa saban waktu..sabar menempuhi tiap apa yang berlaku..moga ALLAH makbulkan doaku..aminnn~



notakakilima : saya akan usaha dan terus usaha untok mencapai impian saya..saya tak peduli apa orang nak kata tentang itu..saya juga tak kesah hasilnya suatu hari nanti sama ada berjaya atau gagal..yang penting buat saya sekarang adalah usaha+doa+sabar..ALLAH sayang hambaNYA yang selalu sabar..



post signature

Thursday, September 16, 2010

RAYA..KERJA..KEHIDOPAN~HAPDET~

assalamualaikum n hello hello~

wah lama sunggoh aku tak hapdet belog ini..masa sangat mencemburui dengan aku nih..sampai selalu tak sempat nak kepoh2 kat dalam belog ni..kepenatan bekerja membuatkan aku berasa malas dan takde mood nak hapdet belog seh..sadisss!

rasanya maseh belom terlambat untuk aku mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN kepada semua umat muslimin dan muslimat seluruh dunia..chewahhhh seluruh dunia tuh~

camana raya korang tahon ni..?? bagi aku sendiri raya tahon ni tak terasa sangat pon..shopping pon tak..sadisss! kesian aku kan..tak pernah aku tak shopping raa tau..sejak dah keje ni aku takde masa nak jalan2 sangat pasai keje 6 hari seminggu..

raya tahon ni jugak macam2 kesah yang timbul..tapi aku tak dapat nak share dengan korang..takot menimbulkan kontroversi gituuu kan..pasai kesah nya ala2 gosip panasss u olsss..keje pulak ari isnin lagik aku dah start keje taw..seronok jugak mai keje time orang ramai bercuti..tapi jumaat ngan sabtu ni aku cutiiiiiii~ nak p anto adek balek UPM..

ermm yang satu ni aku memang boleh n nak share dengan korang..semalam 15september2010 aku telah kehilangan seorang junior (USM) yang sangat baek dengan aku..Mohd Hafizul Azlin atau lebih dikenali dengan panggilan Ba telah kembali menghadap Ilahi pagi semalam..beliau meninggal dalam tidur selepas solat subuh..betapa mudahnya beliau pergi kan..dah sampai masa dia..tapi aku sangat2 terkejutdengan pemergiannya itu kerana secara tiba2 je..semua kenalan terkejut dengan berita pemergiannya sebab dia memang nampak sehat dan malam sebelum dia pergi dia maseh boleh ber FB dan hapdet statusnya..

aku mengenali Ba time dia maseh first year dan aku pulak third year di USM..time tu tengah sebok2 nak cari peserta untuk wakil desa aman damai ke CITRAWARNA USM..sejak tu kitorang rapat..dia suka lagu hindustan, aku jugak suka..selalu kitorang karok lagu hindustan kat dewan aman sementara tunggu budak2 datang untuk practice..Ba manja jugak orangnya..paling aku tak leh lupa aku dan dia sangat2 suka buat tarian lagu jawa..kami pernah menari sama2 lagu selangit-mas idayu untuk persembahan karnival aman damai..ermmm terlalu banyak kenangan aku dengan Ba..tapi tak dapat nak aku share kat sini sebab aku rasa dah tak mampu nak meneruskan cherita aku ni.. :(


aku rindu sangat kat Ba..dia tak pernah menyakitkan hati aku..dia baik pada semua orang..Ba, akak doakan Ba tenang di sana..moga roh Ba dicucuri rahmat oleh-NYA..akak akan selalu mengingati Ba..sama2 lah kita doakan kesejahteraan Ba dan sedekahkan al-fatihah kepada dia..AL-FATIHAH~


notakakilima : hidup, ajal, jodoh dan rezeki telah ditentukan oleh ALLAH sejak azali lagi..tiada siapa dapat mengubahnya..kita sebagai manusia dan hamba-NYA hanya mampu berusaha dan merancang selebihnya ALLAH yang menentukannya..bersabarlah menempuhi segala dugaan hidop..ALLAH lebih sayangkan Ba sebab tu dia ambil Ba dulu..AL-FATIHAH untuk Ba~




post signature

Sunday, August 1, 2010

ALHAMDULILLAH~

:: assalamualaikum n helo helooo ::

rinduuuuu sangat3 dengan belogku ini..sekian lama tak hapdet..soriiii..aku bz sangat3..order makin bertambah..alhamdulillah~ mekaseh kepada semua yang sudi membeli belah di NADICRAFT..sokongan kalian sangat3 bermakna dan berharga..tambah3 lagik sekarang aku dah keje..keje sebagai kerani..tak kesah la kan..yang penting halal..cari pengalaman dulu kata orang tu..

jadinya masa yang ada untuk mencurah rasa kat sini dah semakin terhad..mana tidaknya keje 8 pagi sampai 5 petang..balik dah sambung menjahit..malam pun sama menjahit jugak..lepas tu on9 seketika untuk check e-mel dan bermuka buku..kadang2 kalau dah penat sangat semalaman tak on laptop..

alhamdulillah~ sementara rezeki tengah murah dan bergolek ni..syukur pada ALLAH yang tak pernah putus memberikan rezeki kepada hamba2-NYA..


:: pose kat opis ::


**INFO**

mula kerja : 14hb JULAI 2010
taraf : KONTRAK
company : PHSB


notakakilima : bersyukurlah dengan apa yang kita sekarang ni..rezeki yang datang janganlah disia2kan..rebutlah ia dengan penuh kesyukuran dan keredhaan..walaupon apa yang kita harap2kan belom kunjung tiba..sesungguhnya ALLAH tahu apa yang terbaik untuk setiap hamba-NYA..



post signature

Tuesday, July 13, 2010

HANYA HATI MAMPU BERBICARA


assalamualaikum n hello~

korang sehat..?? alhamdulillah aku sehat..cuma hati aku tak berapa nak 'sehat'..aiii nape la aku selalu sangat rasa camni..aku takde kawan yang nak aku kongsi problem aku..bukan kawan2 aku tak mau dengar problem aku ni..cuma aku yang tak selesa nak cherita kat diorang..aku ni ada satu penyakit suka sangat pendam perasaan sorang2..aku tak reti nak share problem dengan orang..

dah lama aku tak luah perasaan kat alam maya..bukan aku takde problem sebelum2 ni cuma aku maseh mampu tahan lagi..tapi hari ni tak tertanggung lagi rasa nya yang memaksa jari jemari ni menaip kan ayat2 untuk luahan rasa hati ini..

andai dia tahu betapa sakitnya apa yang aku rasa..dia mungkin tak akan buat aku camni..MUNGKIN..hakikatnya aku sendiri tak pasti..aku tak tahu apa yang dia mahu..ke aku je yang emosi terlebih3..mudah sangat terasa hati..tapi memang itu la aku..cepat sensitif dan lembut hati..

YA ALLAH..Engkau kuatkan la semangat aku..berikan la aku petunjuk dalam menjalani kehidopan yang serba indah ni..hanya kepada-Mu aku berserah..sesungguhnya hanya Engkau yang memahami apa yang ada dalam hati aku ni, YA ALLAH..

walaupon aku sedih dan susah hati..jangan risau okeh..aku maseh mampu tersenyum dengan penuh keikhlasan untuk kamu semua.. :) itula aku yang mereka kenal..selalu happy..ceria..buat lawak..sebab tu orang tak kan tahu bila aku berasa susah dan sedih..


notakakilima : kita tak selalu dapat apa yang kita mau..tapi mungkin satu hari ALLAH akan berikan sesuatu yang indah dan terbaik untuk kita..aku hanya mohon pada ALLAH bagi aku kekuatan dan kesabaran dalam menunggu hal yang indah dan terbaik itu..



post signature