Jika berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia dari kita, kerana kanak-kanak belum banyak melakukan dosa.
Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah dia lebi
h mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat kepada Allah swt berbanding kita.
Jika bertemu dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia dari kita kerana dia lebih banyak ilmu yang dipelajarinya dan lebih banyak mengetahui berbanding diri kita.
Apabila bertemu orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita, kerana mereka melakukan dosa dalam kejahilan, sedangkan kita melakukan dosa dalam keadaan mengetahui.
Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia daripada mereka kerana mungkin disuatu hari nanti mereka akan insaf dan bertaubat atas kesalahan yang telah mereka lakukan.
Apabila bertemu dengan orang kafir, katakan di dalam hati bahawa mungkin suatu hari nanti mereka akan diberi hidayah oleh Allah swt dan akan memeluk islam, maka segala dosa mereka akan diampuni oleh Allah swt.
notajejari : elakkan diri dari bersikap sombong dan buruk sangka supaya hati kita sentiasa bahagia..hindari penyakit hati jika ingin hidup ceria.. (:
"Jika kamu memancing ikan, setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil terus ikan itu..Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja kerana ia akan sakit..Oleh sebab bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup.."
begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang, setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya..janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu..mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu..
memang betol..rasanya terlalu saket bila harapan yang diberi kepada kita hanya tinggal harapan..aku pernah rasa kesakitan itu..memang susah nak lupakan orang yang pernah meberi kita harapan untuk hidop bersama suatu masa nanti..banyak kenangan yang kita lalui bersama..tapi kesah lama itu telah kusemadikan dalam diari lama yang akan sesekali kubuka hanya untuk buat aku tersenyum bila membaca cherita itu semula..aku selalu doakan kau bahagia walaopon kau datang kepadaku dengan seribu harapan dan meninggalkanku dengan sejuta kehancuran.. :)
oleh yang demikian, jangan terlalu memberikan harapan kepada seseorang kalau kita tak pasti dengan apa yang kita buat tu..apa2 pon itu semua takdir dan jodoh yang dah ditetntukan..kepada yang kecewa anggaplah itu semua dugaan ALLAH kepada kita..ALLAH tidak akan menguji hamba2NYA mengikut kemampuan mereka itu sendiri..hadapilah apa yang mendatang dengan penoh kesabaran dan jalanilah hidop ini dengan penuh keceriaan.. :)
nah layan lagu ni ek..memang sheshuaiii tau..hehehe..
Lalala lala lala la
Lalala lala lala la
Lalala lala lala la
Lala lala
Sedih rasa tak terperi bila ku ketahui
Andai kasih yang kau beri tak sepenuh hati
Dalam manis kata mesra aku terpedaya
Engkau ada teman lain lebih istimewa
Mengapakah ( kau tergamak )
Mendustai ( diri ini )
Hatiku kau guris luka
Kau siakan ( harapanku )
Kau biarkan ( ku kecewa )
Mengapa hatimu kejam
Tiada betimbang rasa
Meski engkau telah pergi bersama si dia
Namun aku takkan lupa kisah suka duka
Waktu kita sedang bahgia dalam alam cinta
Kan ku kenang sampai masa ku menutup mata
Jangan lagi ( kau bertanya )
Jangan pula ( kau menyesal )
Hatiku kau guris luka
Biar aku ( sendirian )
Menempuhi ( masa/hari depan )
Semoga cahaya hidup
Bersinar di hujung jalan
Lalala lala lala la
Lalala lala lala la
Lalala lala lala la
Lala lala
notakakilima : bila dengar lagu ni teringat apa yang dia wat kat aku..tapi aku redha..apa2pon maseh suka dengar lagu ni..siap pernah karok nyanyi lagu ni lagi..tak boleh blah dia punya lalalalala banyak sangat..muahahaha~~
sempena bulan ramdhan yang mulia ni..ako nak share dengan korang semua tentang 99 langkah untuk menuju kesempurnaan iman dalam Islam..moga kita semua mendapat ilmu yang tak ternilai daripada entri ni..pastu korang pon boleh la sampaikan kat orang lain pulak..tapi untuk entri yang ni ako just bagitau dua puloh perkara je dolu ea..
01. Bersyukurlah apabila mendapat nikmat 02. Sabar apabila mendapat kesulitan 03. Tawakal apabila mempunyai rencana / rancangan 04. Ikhlas dalam segala amal perbuatan 05. Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan 06. Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan 07. Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan 08. Jangan usil dengan kekayaan orang 09. Jangan hasad dan iri atas ke jayaan orang 10. Jangan sombong kalau memperoleh kejayaan 11. Jangan tamak kepada harta 12. Jangan terlalu menghendaki akan sesuatu kedudukan 13. Jangan hancur karena kezaliman 14. Jangan goyah karena fitnah 15. Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri 16. Jangan campuri harta dengan harta yang haram 17. Jangan sakiti ayah dan ibu 18. Jangan usir orang yang meminta-minta 19. Jangan sakiti anak yatim 20. Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar
**untuk yang selebihnya akan di post pada entri akan datang.. **tungguuuu..!!
kak jumie ni staff USM..sambil2 tu beliau jugak turut menjadi makeup artist yang berkebolehan..siap ada kelas makeup lagi gitu..korang p la kunjungi blog beliau ni (klik je kat gambo di atas..) pastu kalu berminat nak guna khidmat pakar beliau leh la contact beliau sendiri ea..