assalamualaikum dan helo hello~
tetiba malam ni terajin sangat na hapdet belog..bila dh mula hapdet mula la jari jemari aku ni rajin nak menaip patah perkataan..
tiap hari ada sahaja kejadian yang berlaku..tiap saat ada sahaja memori yang tercipta..tapi terkadang seakan sukar untok diluahkan dengan kata-kata..terkadang aku berasa sukar untok menaip apa sahaja yang aku rasa tiap detik..minit..jam..hari..semuanya seakan terbuku dalam hati..bila dah terpendam gitu mula la nak meleleh ayaq mata la..hape la..kekadang dah penat dengan perasaan yang camni..
namun itu la perasaan yang ada bagi setiap insan..manusia ciptaan ALLAH sememangnya dikurniakan dengan pelbagai perasaan..marah..sedih..gembira..sayang..cinta..dan macam2 lagi la kan..walaupon kita semua mengharapkan semuanya indah belaka yang boleh ciptakan kegembiraan namun kita harus merasai kedukaan..itu lah lumrah sebuah kehidopan kan..tak selamanya kita akan gembira..ada ketikanya duka menjengah di hati kita..
begitu jugak dengan aku..kadang2 aku terpikir betapa kesiannya hidop aku..tapi aku lupa hakikatnya aku sangat bertuah kerana ALLAH sangat sayang padaku sebab tu ALLAH selalu menduga aku..maafkan aku YA ALLAH kerana lupa tentang itu..bila menyedari betapa silapnya pemikiran aku itu..aku mula bersyukur di sebalik dugaan yang hadir dalam hidop aku ni, ALLAH telah kurniakan aku kesabaran, kekuatan dan ketabahan hati dalam menghadapi segalanya di dunia ini..kadang2 rasa macam tak percaya aku mampu harungi segala kesulitan dengan penuh ketenangan..TERIMA KASEH YA ALLAH..
sekarang aku sedang berasa sedikit kebahagiaan..adakah kebahagiaan ni akan berpanjangan dan akhirnya apa yang aku impikan akan menjadi suatu kenyataan..?? apakah inilah hikmah yang aku dapat atas kesedihanku suatu masa dulu..walau apapon, aku akan terus berusaha tanpa jemu..berdoa saban waktu..sabar menempuhi tiap apa yang berlaku..moga ALLAH makbulkan doaku..aminnn~
notakakilima : saya akan usaha dan terus usaha untok mencapai impian saya..saya tak peduli apa orang nak kata tentang itu..saya juga tak kesah hasilnya suatu hari nanti sama ada berjaya atau gagal..yang penting buat saya sekarang adalah usaha+doa+sabar..ALLAH sayang hambaNYA yang selalu sabar..
USAHA + DOA + SABAR
