Showing posts with label lawak guling2. Show all posts
Showing posts with label lawak guling2. Show all posts

Tuesday, February 23, 2010

TIPS BILA JUMPA HANTU


POCONG
Hantu yang berbungkus macam lepat pisang baru masak ni memang mudah cari kelemahannya..
Kita hanya perlu bukak tali pengikat di atas kepalanya dantarik kain balutannya..
Sudah tentu dia akan berasa malu rana dia tidak pakai apa apa pun, selain kain kapan pembungkusnya tu..

LANGSUIR
Dia ni suka pandang muka kita, jadi beranikan diri..
Anda tenung balik muka dia sambil jelir-jelir lidah..
Kalau tak pun tunjuk cermin muka kat dia..
pasti dia tersipu-sipu malu..

PONTIANAK
Hantu yang suka ketawa..
Kalau terserempak dengan dia..
Kita pun mestilah ketawa sama..
Kalau boleh kita cuba mengilai lebih kuat dari dia..
Tentu dia boring..

HANTU RAYA
Hantu ni suka beraya dan suka menyamar jadi tuan dia..
Cara mengalahkannya senang saja..
Sambutlah hari raya tiap kali jumpa dia..
Bagi duit raya, ajak main meriam buluh..
Suruh kacau dodol atau jaga lemang..
Tentu dia tak kacau kita sebab banyak kerja dan aktiviti lain dia nak buat..

HANTU GALAH
Hantu ni la yang paling tinggi di muka bumi..
Kalau terjumpa dia, kita hendaklah meniarap..
Pasti dia tak perasan kita ada disitu..

JERANGKUNG
Dia ni ada kulit tapi nipis..
Tinggal rangka saja..
Dan paling mudah untuk menewaskannya..
Kita hanya perlu tunjal dahinya dengan telunjuk..
Lihat gerak-gerinya mengimbangi badan untuk berdiri tegak..

TOYOL
Lagi senang kalau nak kalahkan dia, bagi duit satu sen berguni-guni..
Nanti dia ingat duit emas..
Lepas tu dia pikul bawak balik bagi tuannya..
Lepas tu sah-sah lah dapat penampau Jepun dari tuannya kerana mana nak tukar duit satu sen banyak2 tu..


notakakilima : aku tak ingat mana aku dapat mende ni sebab aku jumpa time tengah mengemas folder document aku..ngemas2 terjumpa mende ni lak..pastu terasa nak share dengan korang..maybe ada yang dah pernah terbaca..apa2 pon enjoy..!!



post signature

Wednesday, February 17, 2010

SANGGUP TAK ??




.assalamulaikum.
.hai hai hai.


sanggop ke kalau korang p jalan2 kat luar kena pakai gini..?? gambo kat atas ni di'snap' time aku p ke jualan gudang METROJAYA kat Danga City Mall..

time mula2 tu aku agak membara jugak la bila slingbag aku tu kena balot dengan plastic bag [orang lagi nak chentakan alam sekitar, lagi diorang nak memperbanyak penggunaan plastik..adoiyaiii]..

tapi bila dah masok tengok macam2 barang ada..lupo terus dah kesah plastic bag tu..mata dah rambang beb..first time aku p shopping dengan pesyen sebegini rupa..

kelakar seh..segan aku tapi buat sempoi dah la..kah kah kah..



post signature

Sunday, January 17, 2010

AKU, HADI, ZAFWAN dan HERY

ini adalah kesah 4 sekawan : kak dira, hadi, zafwan dan hery..budak ber4 ni memang sekepala (tapi bukan la depa ni kembar siam 4 badan 1 kepala tu..) apa yang dimaksudkan di sini adalah mereka ni ngam la jadi kawan gitu walaupun berbeza umur, jantina, tempat kelahiran dan loghat..mereka merupakan student di usm yang menetap di desasiswa aman damai ..

kesah mereka bermula setelah kak dira menonton cite KALA MALAM BULAN MENGAMBANG (KMBM) (filem hitam putih pada alaf baru..)..sebelum ni hadi ada promote ke kak dira tapi beliau agak terhegeh2 (macam penangih daa..) untuk menontonnya kerana hanya mengharapkan dvd yang dibeli di pasar malam sungai 2 namun cerita itu tetap segar bagi mereka ber4..pilem KMBM ni manyak dialog2 yang sememangnya telah berjaya mencuit hati mereka sekali gus diguna semula dalam kehidopan seharian mereka berempat..
# 1
sejak itu, setiap kali mengadakan mesyuarat meja cafe (ala2 ahli mesyuarat tingkap gitu..) pasti mereka akan melaungkan trademark kumpulan ini sebelum mulakan majlis..opocotttttttt anjennngggggggg !!..maklum la kat aman damai tu memang manyak anjeng2 liar..sehingga ada mata yang ada sinar2 tak puas hati dengan mereka (elehhh jeles kot sebab tak dapat laung sesama2..)

#2
sehinggakan sewaktu aktiviti MERDEKAWALK USM 2008, 4 sekawan ni telah mencipta lagu cheers yang baru..yang menjadi kepalanya si kak dira yang sedikit weng (pada hakikatnya bukan sikit tapi weng manyak..) dan usaha mereka ni telah mendapat sokongan daripada kawan2 terdekat mereka : eda n mimi..sambil berjalan mereka akan laungkan "ye ye ye yelllooooooo.."..hebatnya mereka ni walapun hanya 6 orang je yang terpekik terlolong tapi paduan suara mereka memang MANTAP sehingga boleh meneggelamkan suara2 orang lain yang turut sama2 join merdekawalk tu (mau nya tak mantap sampai dah terpelanting anak tekak dibuatnya..siap kena tampal handiplast nak sambung balik..)

#3
selain itu, kak dira, hadi, zafwan, hery, eda dan mimi jugak telah mengambil gambo kenang2an untuk tatapan semua sahabat handai tidak kira sama ada yang jawoh di mata atau yang ada di depan mata..pose yang yang telah mereka gayakan ni adalah ilham daripada pilem KMBM itu jugak..pendek kata memang pilem ni jadi inpirasi kepada mereka la..(yo yo je inspirasi..) kalu korang tak percaya tanya dia..hahahah..bukan2..bukan tanya dia tapi tengok la sendiri gambo kat bawah ni..amacam..??








persoalan yang sering bermain dalam benak pikiran:

manakah tshirt yang pernah digembar-gemburkan suatu ketika dolu..?? ermmm..

Friday, July 24, 2009

HANTU OH HANTU !!


gambo ni ako tengok
time ako dok belek2 myspace ako tadi..
tak tau la karangan ni betol ke tak kan..
tapi kalu betol la..
siapa la tuan empunya karangan ni..
tapi kira oraittt la kan..
dia wat karangan ni..
btol2 ikot apa yang dia rasa..
huhuhuhu..
macam2..

Saturday, July 11, 2009

INSIDEN MEMALUKAN DALAM HIDOP

dalam hidop ni musti kita ada macam2 pengalaman kan..ada yang best dan membahagiakan..ada yang duka dan menyedihkan..ada jugak pengalaman yang agak memalukan..ermm now ako nak share dengan korang beberapa insiden yang agak memalukan (ala2 malu2 kucing thai camtu la..huhuhu..) dalam hidop ako -
NADIRA SALIM..
#1
kejadian ni berlaku time ako kocik2 dolu agak2 dalam umo 5 tahon kot (tak berapa nak ingat pasal manyak makan semut tapi kurang makan kismis..)..time tu ako sedang bermain2 dengan kanak2 lain di kuarters tempat ako tinggal..bila cukop time ako kena balik umah mak angkat ako yang jugak tinggal kat situ..ako pon balik la dengan akak angkat ako dan kawan dia..kami balik ke umah mak angkat ako tu dengan membonceng motosikal si kawan tadi..(kemain lagi naik motor padahal dekat je pon..)..time kat atas moto tu ako dok kat tengah2..nak balik tu kena naik bukit..ha tang nak naik bukit tu la dengan tak semena2 ako ngan akak angkat ako telah terjatuh ke belakang..(ala2 tercampak manja gitu..)..selipar ako berterbangan ke dalam longkang..(maseh ako ingat time kejadian ako pkai selipar yang ada gambo kepala mickey kat depan..trend la konon time tu..)..sebaik saje ako mencecah ke bumi..terdengar sorakan dan gelakan daripada bebudak sekeliling yang turut ada di tempat kejadian..ako pon dengan sepantas kilat terus mengutip selipar dan terus mengajak akak angkat ako pulang..MALU wooo..
#2
pada suatu petang yang mendamaikan ako telah menjaga kaunter kursus pra perkahwinan (KPP) kat foyer dewan kuliah (DK) bersama2 eda dengan sapa ntah ek (lupo la..)..time tengah duduk2 sambil main laptop dengan menggunakan wireless usm sewenang2nya tu kami sembang2 la..sembang punya sembang ntah pasal apa ntah..tetiba ako mengeluarkan kata2 seperti ni "naseb bayekkkkk"..tone suara ako time tu : HIGH..memang kuat la..leh lak kebetolan time ako cakap tu suasana di foyer DK agak sunyi..ako mula sedar yang suara ako kuat dan terus menutup mulut dengan tangan..pastu ako terpandang sorang dak lelaki sedang memandang ke arah ako sambil senyum2..mak aihhh dia dengar seh suara ako..dia terus tersenyum sampai ako dah tak nampak kelibat dia lagi..tersipu2 ako seh dengan dak tu.. :D
#3
insiden ni pon berlaku time ako tengah jaga kaunter KPP jugak..bezanya kali ni ako jaga kaunter dengan nurul n jue..macam biasa la sambil menjaga kaunter tu kami sembang2 la..daripada 1 topik ke 2 topik ke 3 topik dan seterusnya..sampai la masok topik nak kasi hadiah apa time kawan2 kawin (maklum la nama pon jaga kaunter KPP kan..musti la topiknya berkisar tentang perkahwinan..)..si jue leh lak wat lawak..dengan muka yang selamber dan agak confident dia kata nak kasi hadiah mesin rumput sebagai hadiah kawin..ako pon ketawa sambil menepuk meja (memang jadi kebiasaan ako akan menepuk sesuatu apabila ketawa..jadi korang jaga2..jangan jadi mangsa tepukan ako..)..tengah ketawa2 sambil tepuk2 meja tu, ntah camana meja tu leh terangkat..musti korang pelik kan camana meja tu leh terangkat..??meja tu jenis yang kaki dia leh lipat2 pastu permukaan dia just letak cmtu je kat atas kaki meja tu (klu korang tak paham,xpa la..ako pon tak reti nak explain camana lagi..)..ntah camana la meja tu leh terangkat..sampai sekarang ako maseh musykil..
#4
kejadian yang ni agak susah ako nak explain..pasal cerita nya agak penin2 lalat..mungkin kawan2 ako (jiejah n nurul) leh cerita dengan sangat baek dan panjang lebar (amboiii ampa sakan dok gelak kat ako noh..)..ni semua lesen punya pasal la..time tu kitorang ber3 baru balik dari KFC (pagi2 buta p lepak kat situ..boring punya pasal la..)..jiejah nak renew lesen dia pastu tanya2 dengan nurul nak renew kat mana camtu la lebih kurang..ako pon menyampok la cakap "ayah ako dolu pernah renew lesen kat post opis..boleh je..tapi kalu renew kat situ kita punya lesen takde gambo.."..tanpa membalas kata2 ako tu, jiejah n nurul leh lak gelak kan ako kaw2 punya..ako pon heran la dan tanya nape diorang gelak..pastu diorang cakap memang la kalu renew lesen tu takdo gambo..lepas kejadian pagi tu,diorang asyik perli2 ako je..segan ako tau..hehehe..
erm cukop la sampai setakat ni..kalo ada apa2 tambahan ako akan post entri baru pada masa akan datang..hope korang enjoy baca cerita ako ni..kalu tak enjoy pon buat2 la enjoy..konon2 nak jaga hati ako ni ea..hehehhe..fullstop..