
alhamdulillah tahun 2009 ni dah masok 52 tahon MALAYSIA merdeka..bebas dari penjajahan..semakin banyak perubahan yang berlaku di negara kita..pembangunan ada saje di sana sini..kawasan2 luar bandar sudah mendapat perhatian yang sewajarnya oleh pihak kerajaan dan sudah boleh menikmati pelbagai kemudahan..kawasan bandar apatah lagi kan..sudah pasti semakin pesat membangun..sebagai rakyat MALAYSIA, aku berasa bangga menjadi sebahagian daripada negara yang aman damai..
tema hari kemerdekaan tahun ni adalah 1 MALAYSIA Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan..apa yang kita paham ek dengan tema ni..?? bagi diri aku sendiri, apa yang aku paham tentang tema ni adalah semua rakyat MALAYSIA haruslah bersatu padu walaupon kita semua terdiri daripada pelbagai bangsa, agama dan budaya..jangan la kita bermusuh2an..MALAYSIA ni bukan la besar mana pon..pusing2 keliling musti jumpa jugak..jadi nak watpe kita gado2..lebih baik kita hidop dalam keadaan harmoni..
dan lagi keutamaan rakyat harus dititikberatkan oleh pihak kerajaan..tanpa rakyat, tak kan mungkin negara kita boleh membangun seperti hari ini..kerana rakyat adalah sebahagian daripada penyumbang ekonomi negara..rakyat yang miskin haruslah dibantu..masalah rakyat mesti diambil tahu dan diselesaikan sesegera mungkin..manakala pencapaian negara harus diutamakan terlebih dahulu tidak kira dalam apa2 aspek sekalipon..jangan la kita semua buat kerja atau tugasan sambil lewa sahaja ibarat melepaskan batuk di tepi tangga..tapi buat la dengan bersunggoh2 sehingga mencapai hasil yang terbaik..sikap seperti ini harus wujud dalam setiap individu di negara ini supaya negara memperoleh pencapaian yang setanding dengan negara maju..
chewahhhh aku ni..ye2 je bebual kan..itu apa yang aku paham la kan..pemahamanan aku tentang tema tu..mungkin korang ada pendapat korang sendiri yang berbeza dengan pendapat aku..tak kira apa pon pemahaman kita tentang tema 1 MALAYSIA ni, kita semua kan rakyat MALAYSIA TERCINTA TANAH TUMPAHNYA DARAHKU..
.SELAMAT.
.MENYAMBUT.
.HARI KEMERDEKAAN.
.MALAYSIA.
.YANG KE-52.
.SEMOGA.
.MALAYSIA.
.TERUS KEKAL MAKMUR.