Showing posts with label pengetahuan am. Show all posts
Showing posts with label pengetahuan am. Show all posts

Tuesday, January 24, 2012

APA ADA PADA NAMA ??

assalamualaikum dan selamat pagiii semuaaa~

hari ni maseh cuti lagi..tak ke mana-mana ke..?? hehehe~ aku duduk rehat2 kat rumah saja la..okehhh setelah sekian lama belog ini tak hapdet..kali ni mau hapdet sesuatu yang berinfo sikit..kikiki~ kalau perhatikan pada tajuk entry tu apakah maknanya..?? tidak ada maknya punnnn~ ahahahah~

okeh3 kita sirius sikit ye..sikit saja..jangan over sirius..ehehehe~ cerita pasal nama..apa ada pada nama..?? penting ke nama tu..?? yuppp sangat pentingg okeh..korang suka ke kalau family, kawan-kawan dan orang-orang sekeliling korang panggil korang dengan "oiii", "wehh", " eh &*^$" dan macam-macam panggilan lagi la..so itulah pentingnya nama seseorang itu..kan lebih sedap dan manis elok didengar..kita yang dipanggil ni pon tidaklah sakit hati kannn..

setiap nama ada maksud yang tersirat dan tersendiri..search punya search kat Google, aku terjumpa satu website yang bagi info pasal maksud nama seseorang..aku pon carilah maksud nama aku dan inilah hasilnya..hehehe~


BannerFans.com


maksud bagi nama NURUL NADIRA ~ cahaya yang khusus, unik


dalam website tu jugak kita boleh search maksud huruf pertama nama kita..heheheh~ macam nama aku bermula dengan huruf N maksodnya baik hati dan rapi dalam berpakaian, mereka suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan..kelemahannya muda bersedih dan kurang percaya diri..uhuiiiiiiii~



kalau korang nak search maksud nama korang boleh la search di MAKSUD NAMA..tapi ada jugak nama yang tiada dalam rekod website ni..huhuhu~ yang mana tiada tu ce try search kat website lain kalau-kalau ada kann..okehhh happy searching!!! (:




post signature

Sunday, July 4, 2010

TERAPI ULAT

assalamualaikum n hai hai hai..

pekabo semua..??
ada baek ka..??
hope korang semua baek2 aje..
semalam dah selamat anto adek p UPM..
alhamdulillah~~
adek belajo elok2 okeh..
4 tahon kat sana nikmati campus life kamuu..

semalam lepas dah settle uruskan adek,
ako n family semua terus balek jb..
dalam kol 4 pm camtu kitorang dah sampai jb..
makkk aehhh letih gila..
[walaupon bukan ako yang drive tetap letih okeh]
so, sempat la aku tengok MAJALAH 3..
yipppiiii~~

aku sebenarnya sangat teruja nak tengok majalah 3..
sebab ada segmen TERAPI ULAT..
ilmu yang sangat berguna utntuk semua orang nih..
tak sangka ulat yang dianggap jijik rupa2nya sangat berjasa..
jasa nya sangat3 besar..
tak mau bebel panjang2..
kalau korang tak percaya meh tengok sendiri JASA ULAT tu..
ULAT : JIJIK TAPI BERJASA



notakakilima : jangan kita memandang rendah sesama manusia dan makhluk ALLAH yang lain..mungkin mereka lebih baik dari kita..sama2 la kita jalani hidop ini dengan penoh ketenangan dan keamanan..yang manai baek kita jadikan contoh dan yang mana kurang baek kita jadikan suatu pengajaran dalam sebuah kehidopan..
post signature

Friday, February 26, 2010

SALAM MAULIDURASUL


SALAM MAULIDURASUL

1431H / 2010M

"MEMANTAP UKHUWAH , MEMPERKASA UMMAH"



post signature

Wednesday, February 17, 2010

SI FEBRUARI

mende alah kat bawah ni aku dapat dari blog JAJA..aku laher pada bulan februari [mekaseh kat kawan2 yang wish besday aku ritu..sempat lagi aku ni]..so, menurut point2 yang ada kat bawah ni banyak yang betol nya yang ada dalam diri aku..itu pada pandangan aku sendiri terhadap diri sendiri..

  • berfikiran abstrak

  • sukakan benda yang realiti dan abstrak

  • bijak dan pintar [tak berapa sangat..suam2 kuku je]

  • berperwatakan yang mudah berubah

  • agak pendiam [aku ni tersangatlah kepoh nya]

  • pemalu [mula2 kenal je] dan seorang yang rendah hati

  • jujur dan setia pada segalanya

  • keras hati untuk mencapai matlamat

  • tidak suka dikongkong

  • mudah memberontak apabila dikongkong

  • suka kegiatan yang lasak [sangat tidak suka xtvt lasak]

  • emosinya mudah terluka dan sensitif

  • mudah mempamerkan marah

  • tak suka menda yang remeh-temeh

  • suka berkawan tapi kurang mempamerkannya

  • sangat berani dan suka memberontak

  • bercita-cita tinggi, suka berangan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya [harapan tinggal harapan..berangan je lebih]

  • pemerhatian yang tajam

  • suka hiburan dan sukan [suka atlet sukan ye la.]

  • suka benda yang bersifat seni

  • sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran

  • berkecenderungan pada benda yang tahyul (erm,ni mungkin tak betul kowt)[memang betol tu jaja]

  • amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros


~01 FEBRUARI 2008~>



nota kaki lima : pengakuan jujur dan ikhlas dari aku..ye2 oh je la ko ni diella..hakhakhaktuihhh..korang yang sama2 laher bulan februari camana pulak..?? :D


    post signature

    Friday, February 12, 2010

    GONG XI FA CAI



    .SELAMAT.

    .TAHON.

    .BARU.

    .CINA.




    .GONG XI FA CAI.



    nota kaki lima : tahon ni tahon rimau..tahon aku lahir tuhhh !

    Saturday, January 30, 2010

    AT-10-TION !



    PENGUMUMAN ! PENGUMUMAN !

    korang..bila aku online seperti biasa aku akan on aku punya YM,blog,emel ngan facebook..pagi ni bila Ym aku on je macam biasa jugak la aku akan check sapa2 dalam frenz list aku tu yang sedang online sama..then aku terjumpa satu ni dengan status nya yang mengatakan dia sedang mendengar sinar fm..pada firasat aku maybe dia dengar guna internet kot sebab ada link website sinar tu la kan..



    saja la aku klik kat website tu..pastu terpampang header website tu : Komuniti Radio Sinar FM..aku memang minat dengan sinar ni..pagi2 otw p opis musti dengar sinar..kat opis pon confirm dengar sinar..bersinar2 tiap2 hari..so buleh la dikatakan aku ni setia2 manja gitu dengan SINAR FM..hehehhe..maka untuk 'membuktikan kesetiamanjaan' aku tu aku telah meng'sign up'kan diri aku join komuniti ni..so kalau korang nak join just klik kat sini ye..







    itu aku..
    yok la joinnnn..
    hope korang enjoy dengar SINAR FM.. (:

    Saturday, January 23, 2010

    AL-FATIHAH BUAT ALHAMRHUM SULTAN JOHOR


    Al-Fatihah buat Almarhum Sultan Johor, Sultan Iskandar Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Ismail Al-Khalidi yang telah mangkat di Hopital Pakar Puteri (tiap2 hari lalu depan tu time balek keje..semalam je tak lalu sebab jalan ditutop) jam 7.15 malam tadi..semoga roh almarhum baginda dicucuri rahmat..



    info tentang Almarhum Baginda Sultan Johor ADA KAT SINI
    SUMBER INFO : KOSMO ONLINE

    Sunday, January 17, 2010

    RAHSIAAAAAA

    korang..ari ni aku nak share dengan korang tentang rahsia sikap korang ikot bulan kelahiran korang semestinya..[tak kan nak ikot bulan kelahiran jiran korang pulak kan..hahaha..]..mende ni hasil kajian yang dibuat oleh Yang Berbahagia Dato' Dr. Fadzilah Kamsah..musti korang kenal beliau kan..aku punya bulan FEBRUARI.. (:


    JANUARI

    Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
    Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
    Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
    Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
    Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
    Pandai mengambil hati orang lain.
    Pendiam kecuali telah dirangsang.
    Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
    Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
    Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
    Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
    Cukup sayang pada kanak-kanak.
    Suka duduk di rumah.
    Setia pada segala-galanya.
    Perlu belajar kemahiran bersosial.
    Sifat cemburu yang sangat tinggi

    FEBRUARI

    Berfikiran abstrak.
    Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
    Bijak dan pintar
    Berpewatakan yang mudah berubah.
    Mudah menawan orang lain.
    Agak pendiam.
    Pemalu dan rendah diri.
    Jujur dan setia pada segalanya.
    Keras hati untuk mencapai matlamat.
    Tidak suka dikongkong.
    Mudah memberontak apabila dikongkong.
    Suka kegiatan yang lasak.
    Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
    Mudah mempamerkan marahnya.
    Tidak suka benda yang remeh-temeh.
    Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
    Sangat berani dan suka memberontak.
    Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
    Pemerhatian yang tajam.
    Suka hiburan dan sukan.
    Suka benda yang bersifat seni.
    Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
    Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
    Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
    Belajar untuk mempamerkan emosi

    MAC

    Berpesonaliti menarik dan menawan.
    Mudah didampingi.
    Sangat pemalu dan pemendam rasa.
    Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
    Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
    Suka pada kedamaian.
    Sangat peka pada orang lain.
    Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
    Tidak cepat marah dan sangat amanah.
    Tahu membalas dan mengenang budi.
    Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
    Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
    Suka berangan-angan.
    Suka melancong.
    Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
    Kelam kabut dalam memilih pasangan.
    Suka dengan hiasan rumahtangga.
    Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
    Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
    Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan

    APRIL

    Sangat aktif dan dinamik.
    Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
    Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
    Punya daya mental yang sangat kuat.
    Suka diberi perhatian.
    Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
    Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
    Sangat berani dan tiada perasaan takut.
    Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
    Emosi cepat terusik.
    Cuba kawal perasaan.
    Kecenderungan bersifat pendendam.
    Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
    Kuat daya ingatan.
    Gerak hati yang sangat kuat.
    Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
    Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
    Sangat cemburu dan terlalu cemburu

    MEI

    Keras hati & tegas.
    Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
    Pemikiran yang tajam.
    Mudah marah apabila tidak dikawal.
    Pandai menarik hati & perhatian orang lain.
    Perasaan yang amat mendalam.
    Cantik dari segi mental & fizikal.
    Tidak perlu dimotivasikan.
    Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
    Mudah dipujuk.
    Bersikap sistematik (otak kiri).
    Suka berangan.
    Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
    Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
    Daya khayalan yang tinggi.
    Permikiran yang tajam.
    Pandai berdebat.
    Fizikal yang baik.
    Kelemahan sistem pernafasan.
    Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
    Tidak berapa suka duduk di rumah.
    Tidak boleh duduk diam.
    Tidak punya ramai anak.
    Rajin dan bersemangat tinggi.
    Agak boros

    JUN

    Berfikiran jauh & berwawasan.
    Mudah ditawan kerana sikap baik.
    Berperangai lemah lembut.
    Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
    Idea yang terlalu banyak di kepala.
    Bersikap sensitif.
    Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
    Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
    Bersikap suka menangguh-nangguh.
    Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
    Cepat marah & cepat sejuk.
    Suka bercakap & berdebat.
    Suka buat lawak & bergurau.
    Otaknya cerdas berangan-angan.
    Mudah berkawan & pandai berkawan.
    Seorang yang sangat tertib.
    Pandai mempamerkan sikap.
    Mudah kecil hati.
    Mudah kena selsema.
    Suka berkemas.
    Cepat rasa bosan.
    Sikap terlalu memilih & cerewet.
    Kurang mempamerkan perasaan.
    Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
    Suka pada barang yang berjenama.
    Mudah menjadi eksekutif.
    Kedegilan yang tidak terkawal.
    Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.

    JULAI

    Sangat suka didamping.
    Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
    Agak pendiam kecuali dirangsang.
    Ada harga dan maruah diri.
    Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
    Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
    Sangat menjaga hati orang lain.
    Sangat peramah.
    Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
    Berjiwa sentimental.
    Jarang berdendam.
    Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
    Tidak suka benda remeh-temeh.
    Membimbing cara fizikal dan mental.
    Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
    Layanan yang serupa terhadap semua orang.
    Tinggi daya simpati.
    Pemerhatian yang tajam.
    Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
    Mudah dan rajin belajar.
    Suka muhasabah diri.
    Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
    Suka mendiamkan diri.
    Suka duduk di rumah.
    Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
    Tidak agresif kecuali terpaksa.
    Lemah dari segi kesihatan perut.
    Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
    Minta disayangi.
    Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
    Terlalu mengambil berat.
    Rajin dalam membuat kerja

    OGOS

    Suka berlawak.
    Mudah tertawan padanya.
    Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
    Berani dan tidak tahu takut.
    Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
    Pandai memujuk orang lain.
    Terlalu pemurah & bersikap ego.
    Nilai harga diri yang sangat tinggi.
    Dahagakan pujian.
    Semangat juang yang luar biasa.
    Cepat marah & mudah mengamuk.
    Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
    Sangat cemburu.
    Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
    Cepat berfikir.
    Fikiran yang berdikari.
    Suka memimpin & dipimpin.
    Sifat suka berangan.
    Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
    Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
    Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
    Belajar untuk bertenang.
    Sikap kelam kabut.
    Romantik, pengasih dan penyayang.
    Suka mencari kawan

    SEPTEMBER

    Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
    Sangat cermat, teliti & teratur.
    Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
    Pendiam tapi pandai bercakap.
    Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
    Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
    Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
    Sangat sensitif yang tidak diketahui.
    Seorang yang banyak berfikir.
    Daya pentaakulan yang baik.
    Otak bijak & mudah belajar.
    Suka mencari maklumat.
    Kawal diri dari terlalu mengkritik.
    Pandai mendorong diri sendiri.
    Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
    Suka sukan, hiburan & melancong.
    Kurang menunjukkan perasaannya.
    Terluka hatinya sangat lama disimpan.
    Terlalu memilih pasangan.
    Sukakan benda yang luas.
    Bersistematik

    OKTOBER

    Suka berbual.
    Suka orang yang sayang padanya.
    Suka ambil jln tengah.
    Sangat menawan & sopan santun.
    Kecantikan luar & dalam.
    Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
    Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
    Sentiasa berkawan.
    Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
    Cepat marah.
    Macam pentingkan diri sendiri.
    Tidak menolong orang kecuali diminta.
    Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
    Tidak suka terima pandangan orang lain.
    Emosi yang mudah terusik.
    Suka berangan & pandai bercakap.
    Emosi yang kelam kabut.
    Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
    Suka melancong, bidang sastera & seni.
    Pengasih, penyayang & lemah lembut.
    Romantik dalam percintaan.
    Mudah terusik hati & cemburu.
    Ambil berat tentang orang lain.
    Suka kegiatan luar.
    Seorang yang adil.
    Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.
    Mudah patah semangat

    NOVEMBER

    Banyak idea dalam perkara.
    Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
    Berfikiran kehadapan.
    Berfikiran unik dan bijak.
    Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
    Pemikiran yang tajam.
    Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
    Sesuai jadi seorang doktor.
    Cermat dan teliti.
    Personaliti yang dinamik.
    Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
    Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
    Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
    Terlalu degil dan keras hati.
    Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
    Tak suka marah kecuali digugat.
    Mudah ambil berat terhadap orang lain.
    Pandai muhasabah diri.
    Cara berfikir yang lain dari orang lain.
    Otak yang sangat tajam.
    Pandai mendorong diri sendiri.
    Tidak hargai pujian.
    Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
    Cuba sampai berjaya.
    Badan yang sasa.
    Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
    Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
    Suka duduk d irumah.
    Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
    Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
    Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
    Bercita-cita tinggi.
    Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

    DISEMBER

    Sangat setia dan pemurah.
    Bersifat patriotik.
    Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
    Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
    Bercita-cita tinggi.
    Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
    Seronok bila didampingi.
    Suka bercampur dengan orang.
    Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
    Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
    Tidak pandai berpura-pura.
    Cepat marah.
    Perangai yang mudah berubah-ubah.
    Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
    Benci pada kongkongan.
    Suka berlawak.
    Pandai buat lawak dan berfikiran logik


    *** info ni aku dapat kat sini.. (^,^)

    Monday, August 31, 2009

    MERDEKA !


    alhamdulillah tahun 2009 ni dah masok 52 tahon MALAYSIA merdeka..bebas dari penjajahan..semakin banyak perubahan yang berlaku di negara kita..pembangunan ada saje di sana sini..kawasan2 luar bandar sudah mendapat perhatian yang sewajarnya oleh pihak kerajaan dan sudah boleh menikmati pelbagai kemudahan..kawasan bandar apatah lagi kan..sudah pasti semakin pesat membangun..sebagai rakyat MALAYSIA, aku berasa bangga menjadi sebahagian daripada negara yang aman damai..

    tema hari kemerdekaan tahun ni adalah 1 MALAYSIA Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan..apa yang kita paham ek dengan tema ni..?? bagi diri aku sendiri, apa yang aku paham tentang tema ni adalah semua rakyat MALAYSIA haruslah bersatu padu walaupon kita semua terdiri daripada pelbagai bangsa, agama dan budaya..jangan la kita bermusuh2an..MALAYSIA ni bukan la besar mana pon..pusing2 keliling musti jumpa jugak..jadi nak watpe kita gado2..lebih baik kita hidop dalam keadaan harmoni..

    dan lagi keutamaan rakyat harus dititikberatkan oleh pihak kerajaan..tanpa rakyat, tak kan mungkin negara kita boleh membangun seperti hari ini..kerana rakyat adalah sebahagian daripada penyumbang ekonomi negara..rakyat yang miskin haruslah dibantu..masalah rakyat mesti diambil tahu dan diselesaikan sesegera mungkin..manakala pencapaian negara harus diutamakan terlebih dahulu tidak kira dalam apa2 aspek sekalipon..jangan la kita semua buat kerja atau tugasan sambil lewa sahaja ibarat melepaskan batuk di tepi tangga..tapi buat la dengan bersunggoh2 sehingga mencapai hasil yang terbaik..sikap seperti ini harus wujud dalam setiap individu di negara ini supaya negara memperoleh pencapaian yang setanding dengan negara maju..

    chewahhhh aku ni..ye2 je bebual kan..itu apa yang aku paham la kan..pemahamanan aku tentang tema tu..mungkin korang ada pendapat korang sendiri yang berbeza dengan pendapat aku..tak kira apa pon pemahaman kita tentang tema 1 MALAYSIA ni, kita semua kan rakyat MALAYSIA TERCINTA TANAH TUMPAHNYA DARAHKU..



    .SELAMAT.
    .MENYAMBUT.
    .HARI KEMERDEKAAN.
    .MALAYSIA.
    .YANG KE-52.
    .SEMOGA.
    .MALAYSIA.
    .TERUS KEKAL MAKMUR.

    Tuesday, August 4, 2009

    07 OGOS 2009

    ada apa pada 07.08.09..??
    apa yang istimewanya 07.08.09..??
    aku bertunang..??
    aku nikah ke..??
    kalu mau tau teruskan membaca..
    ehek2..
    :D

    pada 07 ogos tahun ni [ari jumaat ni tau..]
    pada 34 minit dan 56 saat selepas jam 12..
    masa dan tarikh akan menunjukkan :

    12:34:56 07/08/09

    1 2 3 4 5 6 7 8 9

    benda2 cmni takkan berlaku lagi walaupun beribu tahon..
    hanya sekali je seh..
    [barangkali..]


    **tarikh yang sama ako akan gerak ke penang..
    **[promo lagi]
    ** (^,^)

    Saturday, August 1, 2009

    BARU PUNYA

    assalamualaikum..hai hai hai..ni entri pertama dalam bulan ini
    [dan kalu korang perasan ia jugak entri ke-101 selama ako berkecimpung dalam dunia blog ni..]..ako cuma nak kabo ke kamu semua yang sempena bulan baru ni..blog ako pon telah berwajah baru..yang mana ako telah menukar banner blog ni..
    tetiba dapat je idea yang sedikit kreatif..
    background blog pon sudah tukar la [seperti yang kamu semua lihat di hadapan mata kamu..jangan la kamu pandang belakang pulak..pasal kalu pandang belakang kompom la tak nampak..]
    FYI background ni dolu kawan ako intan yang pakai..tapi ako tengok sikalang dia sudah tukar la..so ako pon guna la pasal intan dah tak pakai lagi kan..hope korang enjoy dengan background baru ni..dan teruskan memberi sokongan kepada blog ako ni..
    oraittttt..
    mekaceh n luv u olls..
    [tingat lak kat nurul ex-rumet ako..]
    (^_^)

    ***memula tu saje je test2 nak wat blog..
    ***tengok orang len ada..
    ***ako pon nak jugak la 1..

    Saturday, July 18, 2009

    KHAS UNTUK INSAN YANG MENYAYANGI AKU !!

    ako suka kiriman emel ni..so,ako nak share dengan korang semua..


    Ambil lah hati ini..Nah, ambil la benda ni..Apa ni? Ini adalah hati..Hati aku..Hati kau? Hmm.. kenapa kau sudi kasi kat aku? Sebab kau dah jadik sebahagian dari aku. Kau lebih dari seorang kawan. Terima kasih..ianya bererti..Aku terlalu menghargainya..


    Oh ye ke... tapi maaf..Untuk apa? Sebab, hati tu aku tak beri sepenuhnya..Cuma sebahagian saja..Maksud kau? Aku pernah beri hati aku kat orang lain juga..Dan aku tak pernah beri kesemuanya..Aku takut aku tiada hati untuk diri aku sendiri..Mungkin aku takut, hati itu tidak akan dijaga dengan sebaik-baiknya..


    Ianya bukan seperti barangan lain seperti duit, permata dan sebagainya..Hati ini penuh mistik, ada keajaiban yang tersendiri..Mistik? Kelakar bunyinya..Mungkin kelakar.


    Tapi itu realitinya..Ia juga berubah mengikut rentak hidup engkau..Rentak perasaan orang yang aku beri..Jika dia betul-betul ikhlas, hati ini akan indah dan bersinar..Tapi, jika dia mempersia-siakannya , hati ini akan malap..Mungkin akan terus mati untuknya..Ianya bukan satu benda yang percuma..


    Hati ini diberi hanya kepada insan yang terpilih sahaja..Insan yang istimewa..Dan kau adalah salah seorang daripada mereka, kerana naluri aku terlalu percayakan kau..Aku insan terpilih? Ya, kau yang terpilih..


    Hati ini sering bertukar-tukar mengikut perasaan orang yang diberikan..Ianya terlalu sensitif..Tapi ianya cukup kebal dan kental pada musuh aku.. "Musuh", mungkin terlalu kejam untuk aku memperkatakan perihal mereka ini..Ianya tak berubah-berubah seperti yang terjadi jika hati ini diberi pada orang yang istimewa..


    Hati aku hanya tinggal sebahagian sahaja..Ada orang yang tidak pernah memulangkannya, walaupun aku hanya pinjamkan sekejap..Ada yang pulangkan dengan penuh kelukaan. Ada yang sudi berikan sebahagiaan hatinya pula sebagai ganti..Dan jika kau nak tahu, setiap hati manusia ada nilai yang tersendiri..Setiapnya terlalu mistik!


    Cuma satu saja yang kau tak mengerti..Sekali hati itu terluka, kadangkala sukar nak mengubatinya..Ada kalanya, mengambil masa yang lama untuk itu..Dan bila tiba sesuatu yang tidak diingini, mungkin pemilik hati itu akan menyendiri buat seketika..sehingga hatinya pulih seperti sediakala..


    Hati yang diberi ini bukan untuk suka-suka..Ianya lahir atas satu kepercayaan..Dari situ, wujudlah kasih sayang..Jika hilang rasa percaya itu, maka sukarlah untuk hati itu kembali indah.Terima kasih kerana menyayangi aku..