:: assalamualaikum ::
:: hai hai hai ::
OMG !! dah terlalu banyak lama aku tak hapdet ini belog..sebok hapdet belog yang satu lagik jek..ha belog apa tu yang penting sangat sampai belog ini dilupakan..?? meh kelik2 kat sini :
NADICRAFT..jangan memalu nak kelik2 dan singgah yek..hehehe~
selama aku berdiam diri di belog ini..banyak seh kejadian2 yang telah berlaku dan dilalui..[ayat macam hape jek]..uiksss awat jantung rasa berdebar2 nih..halah2~
kekadang sampai lupa dah apa yang jadik..yang mana ingat tu ingat la kan..kata orang bila kita membebel pasal personal life kat dalam belog nih ramai yang nyampah nak baca..takpe la kalau tak mau baca..aku takde la nak p acu pistol kat kepala korang kalau tak baca kesah aku ni ha..well, aku tetap akan kepoh2 personal life aku kat sini..
semakin hari semakin aku tak paham dengan diri aku sendiri dan jugak diri orang lain..apa yang aku mahu / inginkan ..?? apa yang orang lain mahu / inginkan..?? memang lumrah manusia yang tak pernah puas dengan apa yang mereka ada..tapi tak salahkan kalau kita inginkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kita ada sekarang..?? asalkan kita tetap bersyukur dengan setiap apa yang kita miliki..
beberapa hari ni aku semacam tak happy..sebab apa..?? terlalu banyak sebabnya..sampai pada suatu tahap aku lebih senang untok berdiam diri..itu lebih baik untok semua orang..kadang2 aku rasa terlalu penat nak layan semua yang berlaku ni..aku tak pernah salahkan sesiapa..tapi kepada sesiapa tu tolong la paham keadaan aku ni..aku bukan robot yang hanya tahu buat sesuatu itu seperti yang telah di'set'kan dan tiada perasaan..aku maseh punyai hati yang mampu berperasaan..perasaan okeh bukan perasan..huhuhuhu~
aku tak tau la ek kenapa ada orang yang cakap ikot sedap lidah dia je..aku tak nafikan aku jugak sorang yang boleh dikatakan mulot jahat..tapi jahat2 mulot aku bersebab dan bertempat..mulot aku jahat bila jumpa dengan mulot jahat jugak..korang memang bernaseb baik sebab bila aku dah makin tua matang ni [matang ke..??] mulot aku maseh boleh di control..tapi korang di luar sana tu pon jangan la mencabar tahap kesabaran aku yang tak seberapa ni..INGAT !! tahap kesabaran manusia ada batasnya termasoklah aku ni..jangan sampai aku bertukar menjadi hantu seseorang yang korang sendiri tak kenal pe'el aku..
aku dah penat nak layan semua ni..betol2 dah penat..takde sapa yang boleh paham susah + penat aku..ye aku tau mesti ada yang cakap aku terlalu emosi tapi kalau kamu berada di tempat aku..kamu akan tahu apa yang aku rasa..takpe la..aku maseh boleh untok bersabar..aku akan tetap bersabar..YA ALLAH..Engkau kuatkan la hati hamba-Mu ini menghadapi segala dugaan dan rintangan dan hindarilah hamba-Mu ini dari pelbagai gangguan..berikanlah aku kesihatan yang baik [sejak beberapa minggu ni selalu sangat aku saket kepala]..
kepada kamu : mekaseh atas segala2nya..aku betol2 dah paham sekarang..tapi kalau aku silap kamu maafkan la aku..semakin hari aku semakin boleh untok melupakan kamu walaupon hakikatnya aku semakin rindu kamu..hahahah~ tak kesah la tu..apa2 pon aku tetap usaha untok semakin mampu menerima suratan yang selama ini tersirat..aku memang tak cukop bagus untok kamu tapi percayalah selama ini aku dah berusaha untok jadi yang terbaik..apakan daya..mungkin pada kamu usaha aku belom cukop bagus..aku akan berhenti mengganggu kamu lagi..mungkin untok selamanya..tapi andai kata aku 'ter'gangggu kamu suatu hari nanti maafkan la aku..tapi itu mungkin kali terakhir aku 'menggangu' kamu..doaku untok kamu moga kamu bahagia di dunia dan di akhirat..andai takdir itu menyebelahi aku mungkin kita akan bertemu kembali..aku tak pernah mintak lebih dari kamu..cukoplah sekadar kamu mengingati bahawa kamu pernah mengenali aku..terlalu banyak kata2 aku untok kamu sebenarnya tapi sukar diluahkan dengan menaip di sini..cukop sampai sini dolu..
kepada anda & anda : tolonglah paham aku ni sket..tapi rasanya anda memang tak pernah paham..pasal tu anda buat pe'el gitu..aku bukan nak berkira sangat tapi bertimbang rasa la sikit..kepala aku ni dah serabut sangat2 tau tak..?? anda memang tak tau pon..aku tak nak buat sesuatu yang sia2 yang hasilnya tak ke mana pon..cakap memang pandai..tapi pernah ke anda praktik kan..?? memang mudah nak tunjuk baik tapi belom tentu aku boleh percaya kebaikan anda itu..biarlah aku ni nampak jahat..sekurang2nya orang tau jahat aku..sorry to say aku memang tak respect anda..
kepada sahabat2 : mekaseh atas nasihat dan sokongan kalian selama ini..kadang2 tak pernah terduga aku punyai sahabat seperti kalian yang selalu ada masa aku susah dan senang..aku doakan kalian beroleh keredhaan dan keberkatan dalam hidop di dunia an di akhirat..andai aku pernah menyakiti kalian, maafkan lah aku..
kepada aku : tabahkah aku..?? kuatkah aku..?? mampukah aku..?? semoga aku tetap kuat dan terus kuat untok hadapi segala2nya yang mendatang..senjata aku yang paling utama sekarang ni adalah SABAR..ALLAH selalu bersama orang2 yang bersabar..aku percaya suatu hari nanti ALLAH akan memberi kceriaan kembali dalam hidopku..apa yang berlaku sekarang adalah dugaan untok aku tempuhi sebelom mengecapi kejayaan..percayalah bukan mudah untok berjaya dan kejaayan tanpa kesusahan terlebih dolu akan buat kita tidak hargai kejayaan itu kelak..
whoaaaa~ panjang nya entri aku kali ni..sori ye..bila dah menaip susah pulak nak stop..hehehe~ kepada sesiapa yang dah membaca entry ni sampai penghujungnya aku ucapkan jutaan mekaseh ye sebab sudi baca coretan maya aku yang tak seberapa adanya ni..
notakakilima : semakin kita meningkat usia semakin besar dan banyak cabaran dan dugaan yang mendatang..terpulang pada kita bagaimana cara untok menghadapinya..semoga kita semua selalu diberi kekuatan oleh-Nya..amin~~