Showing posts with label Kerja Kerja Kerja. Show all posts
Showing posts with label Kerja Kerja Kerja. Show all posts

Thursday, September 16, 2010

RAYA..KERJA..KEHIDOPAN~HAPDET~

assalamualaikum n hello hello~

wah lama sunggoh aku tak hapdet belog ini..masa sangat mencemburui dengan aku nih..sampai selalu tak sempat nak kepoh2 kat dalam belog ni..kepenatan bekerja membuatkan aku berasa malas dan takde mood nak hapdet belog seh..sadisss!

rasanya maseh belom terlambat untuk aku mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN kepada semua umat muslimin dan muslimat seluruh dunia..chewahhhh seluruh dunia tuh~

camana raya korang tahon ni..?? bagi aku sendiri raya tahon ni tak terasa sangat pon..shopping pon tak..sadisss! kesian aku kan..tak pernah aku tak shopping raa tau..sejak dah keje ni aku takde masa nak jalan2 sangat pasai keje 6 hari seminggu..

raya tahon ni jugak macam2 kesah yang timbul..tapi aku tak dapat nak share dengan korang..takot menimbulkan kontroversi gituuu kan..pasai kesah nya ala2 gosip panasss u olsss..keje pulak ari isnin lagik aku dah start keje taw..seronok jugak mai keje time orang ramai bercuti..tapi jumaat ngan sabtu ni aku cutiiiiiii~ nak p anto adek balek UPM..

ermm yang satu ni aku memang boleh n nak share dengan korang..semalam 15september2010 aku telah kehilangan seorang junior (USM) yang sangat baek dengan aku..Mohd Hafizul Azlin atau lebih dikenali dengan panggilan Ba telah kembali menghadap Ilahi pagi semalam..beliau meninggal dalam tidur selepas solat subuh..betapa mudahnya beliau pergi kan..dah sampai masa dia..tapi aku sangat2 terkejutdengan pemergiannya itu kerana secara tiba2 je..semua kenalan terkejut dengan berita pemergiannya sebab dia memang nampak sehat dan malam sebelum dia pergi dia maseh boleh ber FB dan hapdet statusnya..

aku mengenali Ba time dia maseh first year dan aku pulak third year di USM..time tu tengah sebok2 nak cari peserta untuk wakil desa aman damai ke CITRAWARNA USM..sejak tu kitorang rapat..dia suka lagu hindustan, aku jugak suka..selalu kitorang karok lagu hindustan kat dewan aman sementara tunggu budak2 datang untuk practice..Ba manja jugak orangnya..paling aku tak leh lupa aku dan dia sangat2 suka buat tarian lagu jawa..kami pernah menari sama2 lagu selangit-mas idayu untuk persembahan karnival aman damai..ermmm terlalu banyak kenangan aku dengan Ba..tapi tak dapat nak aku share kat sini sebab aku rasa dah tak mampu nak meneruskan cherita aku ni.. :(


aku rindu sangat kat Ba..dia tak pernah menyakitkan hati aku..dia baik pada semua orang..Ba, akak doakan Ba tenang di sana..moga roh Ba dicucuri rahmat oleh-NYA..akak akan selalu mengingati Ba..sama2 lah kita doakan kesejahteraan Ba dan sedekahkan al-fatihah kepada dia..AL-FATIHAH~


notakakilima : hidup, ajal, jodoh dan rezeki telah ditentukan oleh ALLAH sejak azali lagi..tiada siapa dapat mengubahnya..kita sebagai manusia dan hamba-NYA hanya mampu berusaha dan merancang selebihnya ALLAH yang menentukannya..bersabarlah menempuhi segala dugaan hidop..ALLAH lebih sayangkan Ba sebab tu dia ambil Ba dulu..AL-FATIHAH untuk Ba~




post signature

Sunday, August 1, 2010

ALHAMDULILLAH~

:: assalamualaikum n helo helooo ::

rinduuuuu sangat3 dengan belogku ini..sekian lama tak hapdet..soriiii..aku bz sangat3..order makin bertambah..alhamdulillah~ mekaseh kepada semua yang sudi membeli belah di NADICRAFT..sokongan kalian sangat3 bermakna dan berharga..tambah3 lagik sekarang aku dah keje..keje sebagai kerani..tak kesah la kan..yang penting halal..cari pengalaman dulu kata orang tu..

jadinya masa yang ada untuk mencurah rasa kat sini dah semakin terhad..mana tidaknya keje 8 pagi sampai 5 petang..balik dah sambung menjahit..malam pun sama menjahit jugak..lepas tu on9 seketika untuk check e-mel dan bermuka buku..kadang2 kalau dah penat sangat semalaman tak on laptop..

alhamdulillah~ sementara rezeki tengah murah dan bergolek ni..syukur pada ALLAH yang tak pernah putus memberikan rezeki kepada hamba2-NYA..


:: pose kat opis ::


**INFO**

mula kerja : 14hb JULAI 2010
taraf : KONTRAK
company : PHSB


notakakilima : bersyukurlah dengan apa yang kita sekarang ni..rezeki yang datang janganlah disia2kan..rebutlah ia dengan penuh kesyukuran dan keredhaan..walaupon apa yang kita harap2kan belom kunjung tiba..sesungguhnya ALLAH tahu apa yang terbaik untuk setiap hamba-NYA..



post signature

Monday, February 1, 2010

01.02.2010

..bulan februari (2) muncol lagi..
..jadinya besday aku pon muncol lagi..




HAPPY BIRTHDAY TO ME..
HAPPY BIRTHDAT TO ME..
HAPPY BIRTHDAY..
HAPPY BIRTHDAY..
HAPPY BITRHDAY TO ME..

.HAPPY BITRHDAY NURUL NADIRA BINTI SALIM.
.aku dah 24 tahon.
.bertambah lagi umor aku setahon.
.tapi perangai still mcam bebudak lagik.
.aiyooo..




.sejak beberapa ari sebelom 1 feb ni.
.dah ada kengkawan yang wish kat aku.
.sampai la ke hari ni.

.ada yang call.
.ada yang send sms.
.ada yang wish kat fb.
.ada yang wish direct je.

.pagi2 masok je opis.
.dah dengar lagu besday yang ditujukan khas untok aku.
.ramai orang yang mendoakan aku.
.mekaseh mak ngan ayah.
.mekaseh adek2 ku.
.mekaseh abang.
.mekaseh kengkawan.
.mekaseh awak.
.mekaseh semua.
.aku cayang korang semua.


nota kaki lima : mak kata hadiah nanti..wahhh ada chance dapat hadiah sehhh..hehehe..

Saturday, January 9, 2010

KONTRAK ABES

dah seminggu lebih kita masok tahon baru 2010 kan..?? amacam..?? ada baek ka life korang..??ako harap korang semua orait2 aje k..moga2 tiada cherita duka..kalau ada pon terus kan perjuanagan tau..jangan mudah give up ea..

untuk info semua..17hb jan ni genap la 5 bulan ako keje ngan AMG Inscurance..tapi actually ako based kat AmBAnk JB..bulan februari depan abes la kontrak ako..so apa plan ako lepas tu..?? nampaknya ako lom ada apa2 plan..huhuhu..terok btol la ako ni..tu la hidop selesa je kan..camni la jadinya..

ermm pengalaman ako selama kerja ni ada yang best dan ada jugak yang tak best..biasa la kan bukan semua yang kita buat tu best je jadimya..ini lah orang kata lumrah dan roda kehidopan..ada kala kita di atas dan ada kala kita di bawah..walau apa2 pon ako seronok dengan semua pengalaman yang ako dapat dalam tempoh ako keje ni..thnx semua yang dah banyak tolong ako..

aduh perot rasa lapo la pulak..oraittt la beb..ako mau p makan dolu..next story ako akan hapdet len kali ek..korang jaga diri bebaik tau..cuaca sekarang ni tak berapa menentu..kejao2 panas..kejap2 ujan..daaaaaaaaaaa~~

Saturday, January 2, 2010

2009 IN MEMORY


WELCOME 2010

rasanya maseh belom terlambat lagi ako nak ngucapkan samat tahon baru kat korang semua..moga tahon 2010 ni memberikan sesuatu yang lebih baik dari tahon yang sebelom2nya..amacam semangat tahon baru ni..??harap2 semangat yang ada tu kekal sampai bila2..setiap kali muncol tahon baru, ako perhatikan sana sini orang dok wat imbasan tentang apa yang berlaku or pengalaman pahet manes mereka pada tahon yang lepas..so ako pon tak mau ketinggalan jugak la..heheheh..tak nak macam ye2 lak ako ni kan..apa saje la ko ni nurulnadirasalim..

ermm banyak jugak benda nk cerita kat sini..tadi sebelom on laptop ni ha macam2 cerita ada..bila dah mula menaip ni lupo dah semuanya..adoiyaiiii..tensionnn ako seh..takpe la yang mana telintas je la ako share dengan korang ek..(lain kali kena tulis kat kertas dolu la..)

korang nak tau tak..awal tahon 2009 dolu tu memberikan ako sedikit kebahagiaan dan kegembiraan dalam hidop ako..si dia kembali hadir dalam hidop ako..semuanya nampak indah je..walaupon ako tau ako mungkin akan ditinggalkan sekali lagi..tapi sekuat mana sangat la hati ini nak menolak kehadiran dia..ako cuba pikir positif dengan mengatakan dia mungkin dah berubah..tapi beberapa bulan kemudian..sekali lagi ako dikecewakan oleh dia..time tu ALLAH saja yang tahu betapa sedih, saket, pilu, dan segala macam duka la..tapi ako kuatkan jugak semangat..bila jumpa orang buat macam takde apa2 yang berlaku pon..penamat kesah yang pertama ni ako nak bagitau korang si dia dah pon kawen dengan orang lain..dia memang bukan jodoh ako..ako dah pon maafkan dia dan doakan dia bahagia hingga akhir hayat..(walaopon dia tak tau tu semua..)~N~


CITRAWARNA USM 2009 merupakan citrawarna terkahir yang ako join..sedih nya..kalau la dah jadi alumni pon leh join lagi kan ke best..rindu seh nak menari kat dewan aman yang sememangnya meninggalkan banyak kenangan buat ako..citrawarna kali ni ako pegang watak utama jugak la..jadi puteri sejinjang tu..(walaopon hakikatnya leher ako tak jinjang pon..)..tapi untuk kali ni kami takde rezeki untuk mendapatkan mendapat tempat..walaopon ada yang nampak tak sempurna pada mata orang lain..ako dan peserta2 yang lain tetap enjoy join mende ni..really misz my wijayamala n KEBU..~N~


jual jagung time karnival aman damai adalah pengalaman yang sangat membahagiakan, menyeronokkan, menggembirakan dan segala macam me la..itu la aktiviti ako yang memang best sangat3..banyak kesah suka duka yang tersirat ngan tersurat di sebalek jual jagung ni..akhernya ada jugak kenangan manes ako ngan mpd aman (walaopon secara tak langsung dengan mpd..) sebelom ako grad kat usm..thnx kat zaki, yan, nurul, abg bob n da geng dan semua yang dah tolong ako n da geng meniaga jagung tu terutama sekali mekaseh banyak2 kat na, jue ngan eda selaku share partner.. :) for more



korang !! ako telah berjaya menamatkan pengajian ako kat usm lepas tiga tahon bertungkus lumus belajo..(chaittt ! macam ye2 je..padahal main2 je lebih..)..bulan lapan 2009 yang lalu ako dah konvo..alhamdulillah..suatu pengalaman yang tak mungkin ako lupokan..tu la 1st time ako konvo beb..sangat nervous ok..bila pikir2 macam tak sangka ako boleh jejakkan kaki untuk belajo kat u seh..alhamdulillah rezeki ako ada untuk merasai pengalaman bergelar mahasiswi USM yang sememangnya sangat menarik untuk dikenang..mekaseh mak ngan ayah sebab bagi peluang tu untuk akak..USM DIHATIKU..~N~


alhamdulillah lepas minggu konvo tu ako dah start keje kat ambank..walaopon jawatan yang ako dapat tu bukan la ada kena mengena dengan kelulusan ako tapi ako tak kesah..dari takde keje tu baikla ako cari pengalaman..(dah la tak pernah keje pon sebelom ni..)..mula2 keje agak bosan dan memenatkan sangat3..sampai rasa nak resign..mungkin tu sebab ako tak biasa lagi kot..tapi makin lama, ako makin rasa seronok keje kat situ..sangat seronok..diam tak diam 17hb januari ni genap la lima bulan ako keje..perghhh macam tak percaya la pulak..nampak nya lepas ni resume ako makin cantek la..macam dah sedikit lengkap..~N~

raya aidilfitri 2009 disambut dengan sangat3 simple oleh family ako..maklom la dok kat istana sangkut camtu le gayanya..raya kali ni jugak ako telah mengeluarkan air mata time sesi salam2 mintak ampun dengan mak ayah..abes cair make up i..hehheh..tapi memang lawak jugak la raya tahon 2009..memang tak berhias langsong umah..apa2 pon mekaseh kat sofalaini yang dah mai raya kat istana sangkot ako..raya tahon 2010 jemput mai umah ako lagi ek..kali ni umah lain lak..(untung la sofa tiap2 tahon beraya kat umah ako, lain2 umahnya..)..ha korang musti makan ati kan kalau ako bagitau time raya lepas ako dapat maseh duit raya..rezeki jangan ditolak kan..hehehe..masyukkk gila..~N~

ramai kengakawan ako yang menamatkan zaman bujang diorang pada tahon 2009..tak kira kawan time kat usm mahupon time sekolah dolu..ako doakan korang semua bahagia dan kekal hingga akhir hayat tau..korang pon doakan la ako sama..hahaha..halo nadira !! ekau tu belom stabil lagi la..tapi kalau jodoh dah sampai awal mana boleh tolak lagi kan..hahahaha..

cuti2 malaysia ke kedah dengan nabila n abang ND yang berkursus kat kedah pon best wehhh..timetu rasa macam tak perlu risau tetang apa2 pon..jalan2 sana..jalan2 sini..posing2 sana..posing2 sini..shopping2 sana..shopping2 sini..best siottt..kalau la setiap hari ako leh wat camtu..tiap2 minggu p cuti2 malaysia kan ke bahagia..nway thnx abg ND kerana telah mengsponsor segala makan minum dan tempat tinggal sepanjang kat KEDAH..~N~

ako pon dah tak larat nak menaip lebih panjang lagi..dan cherita yang akhir2 ni ako nak share dengan korang yang ako kenal dengan si dia..siapa si dia..??korang teruskan la follow blog ako ni ek..kalau tak mau follow pon buat2 macam follow je la..hahaha..si dia telah membuatkan ako berasa selesa bersamanya dan kembali merasai bahagia..sampai bila bahagia itu ako sendiri tak pasti..terlalu complicated kesah ako ni bak kata man : bestfren ako kat usm..man, thanks 4 everything..rindu ko sehhh..ako sayang si dia..~N~

akher kata..mekaseh kat semua kawan2 ako yang senantiasa ada waktu di kala ako memerlukan kalian..buat family yang senantiasa membuatkan ako bahagia..yang paleng utama ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG yang telah memberi ako sekeping hati yang cukop kuat untuk hadapi segala kepahetan..juga syukurku pada-MU yang telah memberikan ako kemanesan dalam kehidopan ini..



~ TAMMAT ~

Wednesday, December 9, 2009

PAKEJ

.pening kepala.

.selesema.

.bila hembos sampai kuar darah sket.

.batok.

.saket tekak.


ako ni memang jenis payah nak saket..tapi bila dah mai penyaket..sekali datang berpakej.. (eh2 macam pantun pulak) ..erm bukan nak p holiday ja depa kasi pakej..huhuhu..tapi ako maseh menggagahkan diri p keja..betapa baek nya ako ni kan.. (perasan la pulakk)..

ermmm nak cherita sket pasal lunch siang tadi..konon2 nak p makan nasi ayam penyet yang khabarnya sedap sesangat la kat sebelah plaza pelangi atau dahulu kalanya dikenali dengan nama kerry's (ntah betol ke idak ako ngeja tu pon hantam saja la).. dah la turun2 opis je ujan dengan lebatnya jatuh ke bumi..memula tu nak jalan kaki je la kan..dah ujan gayanya naik cab je le..sampai je kat pelangi ako ngan kak imah pon menyeberang jalan tunggu kak norlin, kak yati n kak zana kat depan 7 E pasal kedai nasi ayam penyet tu kat sebelah tu je di tingkat atas la tapi..masok2 je dengan semangat yang membara nak makan (maklom la dah lapo..) dengan selamba badaknya akak kat dalam kedai tu kata,

"Dik, barang belom sampai lagi.." (sambil ketawa2 kecil)

hadoiiii..apa kejadahnya alasan itu..ko macam tak reti2 kan time orang nak mai makan..kalau barang tak sampai lagi pon ko tutop la kedai tu dolu..ni bila orang dah susah payah bukak kasot baru nak kata..ermm nak tak nak patah balek ke pelangi..last2 makan kat mcD..lunch siang tadi betol2 buat ako macam p merentas desa..kena p beberapa checkpoint untuk sampai ke garisan penamat..

-TAMAT-



Wednesday, December 2, 2009

REPORT TAK SIAP LAGI

ari ni p keje seakan ada suatu semangat yang baru..ntah la tatkala terdetik hati untuk resign or tak mau sambong kontrak aku ni musti akan timbul perasaan sayang pada kerja aku ni..aiii hidop ni betol2 indah dan seronok kan..??walaopun hati tak selalu senang, gumbira dan bahagia..biasa la kan lumrah kehidopan..camtu la..

esok malam ako akan tompang tido kat umah kak lin..sebab jumaat pagi2 lagi ayah ngan mak dah bertolak nak p kluang anto pengantin..TAHNIAH CIK RAHIM..moga bahagia hingga akhir hayat..esok jugak patotnya aku kena submit report kat bos aku..tapi hakikatnya report tak siap lagi..pe cer ni beb..??ermmm mana la sempat aku nak siap kan..aku ada keje lain jugak yang perlu di settle kan..harap2 bos aku tak marah..tapi emosi aku sekarang ni cuak sehhh..agak2 kalau kena marah wat tak tau sudah..banyak2 bunyi aku resign je kang..chehh ugut dari kejauhan..hahahah..

rindu la kat dia..dah lama tak jumpa..last jumpa dia ntah bila ntah..aku pon tak hengat..tu pon jumpa sekejap je..huhuhu..tadi mesej dia,dia penat je..kesian dia kan..aku doakan dia selamat dan baik2 aje kat sana tu..makan jangan lupa tau..rindu..rindu..rindu..

Monday, November 30, 2009

HARI NI


.hari ni hari terkahir dalam bulan november.
.hari ni time lunch aku tak sempat makan pon.
.hari ni tapau je mcD bawak balek opis.
.hari ni customer yang datang kat opis buleh tahan ramainya.
.ALHAMDULILLAH.


.hari ni macam pecah rekod customer aku mai tiga orang sekaliarung.
.hari ni lunch time aku dah nak dekat abes opis hour-5.30pm.
.hari ni dapat daging korban kak G kasi.
.hari ni dia dah kembali seperti biasa.
.terima kaseh YA ALLAH.


.hari ni mata pedih sampai kena cabot contact lense kat opis.
.hari ni kepala pening pasal makan lewat.
.hari ni tetap menggembirakan aku.

Wednesday, September 2, 2009

.P.E.N.A.T.

.ari ni pagi2 p keje macam biasa2 jugak.
.nak masok tiga minggu dah aku keje.
.apa yang boleh ako katakan.
.keje memang penat gila seh.
.lagi la opis hour.
.macam nak tercabot pinggang aku.
.tengkuk jangan kata la.
.sengal je.
.nak2 kalu dah petang.
.sekarang baru aku tau betapa susahnya nak dapatkan duit.
.sebelom ni sedap je mintak mak ayah kan.
.mekaseh banyak2 mak ayah sebab selalu manjakan anakmu ini.
.tapi manja2 aku pon jadi'orang' ok.

.petang balek keje macam biasa jugak.
.jammed sana sini..
.maklum la semua balek awal.
.dengan bebudak sekolah lagi.
.lalu jalan lain pon kena jammed jugak.
.naseb ada jalan pintas yang lain.
.tu pon sebenarnya tak tau jalan.
.bedal je tadi tu.
.kebetolan ada satu kancil ni pon ikot jalan yang sama.
.aku suroh along follow dia.
.kata aku kancil tu pon nak elak jammed jugak tu.
.betol pon.

.buka ari ni lauk macam2 ada.
.mak boli kat bazar.
.macam biasa kenyang yang terlampau.
.hahaha.
.lepas berbuka rehat sebentar.
.pastu layan tenet le..
.check email.
.hapdet blog.
.dan lain2 lagi yang berkaitan.
.hua hua hua.


Thursday, August 27, 2009

KESENGALAN BAHU


pagi tadi bos ako yang bising2 pasal ako cuti sesuka ati tu mai opis ako..ako ingat kan dia nak bebel2 kat ako tapi rupa2nya tak..dia nampak ok je..macam takde apa2 pon yang berlaku..ermm tak paham tol la ako..agaknya ritu dia pikir ako terus tak mau mai keje lagi la tu..alahaiiii..ako just p interview je ok..cuba naseb n cari pengalaman..lom tentu pon ako dapat keje kat situ pon..tapi kalu memang ada rezeki ako, sori la bos..ako terpaksa p demi masa dopan ako..sapa tak mau seh..orang gila je yang akan tolak jawatan pegawai tadbir tu kalu diorang dapat..ari ni rasa letih sangat kat opis..bahu sengal2 je..kalu la ada orang yang berhati mulia leh tolong picitkan..musti best..esok dah jumaat..kejap je kan masa berlalu..tup2 dah seminggu kita berpuasa pada bulan ramadhan..tup2 dah dua minggu ako keje..tup2 ako dah nak kawen..ha kawen..??!! banyak la ako punya kawen..bf pon ko lum ada lagi ye wahai nurul nadira binti salim..so jangan nak berangan ok..

**yea2 esok balek keje jam 4.15pm..
**nak balek dengan along ke soh ayah amek ea..??
**konpius2..

Wednesday, August 26, 2009

:: REDHA :: SELAMBA ::

pagi tadi ako p keje dengan hati yang tenang..malas nak pk tentang bos yang bising2 kat ako..biar la nak jadi apa sekali pon..ako cukup kuat untuk hadapi segala kemungkinan sebab ayah ngan mak ngan orang2 sekeliling ako banyak bagi support..chehhh macam la nak p berjuang untuk negara..hahhaha..eh tapi ni lebih kurang camtu jugak la..ako memang dah ready je time nak masok keje pagi tadi..semalam pon ayah dah pesan kalu bos halau..terus je tepon ayah..then ako akan terus balik umah pastu tak payah p keje situ lagi..siang2 ako dah bagitau along..pagi tadi ako masok opis ikot time..malas nak masok awal2..lebih kurang sejam masok opis ada orang col..ako buat tak tau je..bukan sebab apa yola masa keje kan tak leh main henset..sampai tiga kali dok call.ako pon ke toilet..tengok nombor yang tak dikenali..ako agak bos ako yang call guna phone opis..ako buat tak tau je la..pastu satu mesej masok..along kata urgent..owhhh dia rupanya yang call..along kata kalu bos marah ako..ako kena protect diri ako..jangan biarkan nampak ako yang bersalah atas nasihat kak jun..ako kata oraittttt..tambah kuat semangat ako..thnx along n kak jun..tapi sampai ke petang bos ako tu tak mai opis ako..tp musti satu opis tu dah tau pasal ako seh..staf baru yang dah wat hal..ah lantak la..selalu pon bukan diorang nampak ako pon dalam opis tu..yang mana ok, memang ok sangat2..peramah dan layan ako oraittt je..moga ALLAH rahmati kalian semua tak kira la walau kalian layan ako camana sekalipon..moga ako mendapat ketenangan dan keberkatan dunia akhirat..

Tuesday, August 25, 2009

PEG TADBIR N41

ari ni ako p interview untuk jawatan peg tadbir kat utm..alhamdulillah utm panggil ako p interview..bukan apa nak cuba2 naseb n tambah pengalaman..tapi yang tak best nya bos ako dah bising2 pasal ako yang lurus bendul ni p habaq kat dia nak cuti pasal nak p interview..ako mana la tau kan..dah ayah kata bagitau je terus terang..ako ikot je la cakap ayah ako..maka ako pon telah menekadkan diri ako untuk cuti je rini..pastu tadi adek angkat ako mesej kata bos ako bising2..mati la ako..ermm la ni ako redha je..benda dah jadi kan..anggap je la ni suatu dugaan untuk ako..sabau je la kan..terima je apa2 pon yang mendatang..

berbalek kepada cerita interview yang ako p tadi ea..mangun pagi2 perut meragam lak..siap2 semua ako gerak kuar umah..ayah mak ngan raimi ikot p anto ako..cuakz gila tadi..1st time interview keje kerajaan ni..sampai2 tengok baru ada beberapa orang je yang dah sampai..makin lama makin ramai..agak2 tadi ada la dalam 80 orang kot..perempuan lebih ramai daripada laki2..ermmm lepas pendaftaran, calon2 kena wat ujian personaliti dolu..pastu jam 10pagi baru start da interview..sekali masok 8 orang calon..penemuduga ada 3 orang campor lagi sorang yang check2 folder sijil..ako adalah group kedua last..soalan yang ditanya adalah soalan2 biasa je tapi bila tengah nervous..ntah apa2 la yang ako jawab..tak kesah la janji jawab..inshaALLAH kalu dah rezeki ako tak kemana kan..korang pon doa2kan la ako ea..

owh ye..lupa lak nak kabo cerita yang 1 ni..time interview tadi ako jumpa intan..kawan ako time kat sigs dolu..sementara tunggu turn tu ako sembang2 la dengan beliau..wahh macam2 cerita zaman sekolah kuar..naseb baik kat dalam opis tu..kalu kat luar ke tempat yang open kan senang kata..mau ako ngan intan dah gelak kuat2..penat dok cover gelak tadi..bukan intan je yang ako jumpa..ako jumpa ain mok..tapi dia dah tak mok lagi sekarang..comel2 je dia tu..sekarang dia wat master kat upm..tak sangka lak jumpa kawan2 lama kat situ tadi..mula la kenangan time jadi dak2 nakal sigs terimbau kembali..OMG rindu gila zaman persekolahan seh..

**kepala pon dan penin..
**ako chow dolu ea..

Saturday, August 22, 2009

SEMINGGU BERLALU........

diam tak diam..seminggu dah ako kat bahagian tele-marketing di ambank..kejap je masa berlalu pergi..actually, keje ako yang sekarang ni just kontrak 6 bulan je..tapi ako tak kesah..ermm apa yang ako rasa bila berada dalam alam pekerjaan ni ek..?? 1st day keje ako rasa letih sangat2..yola baru2 keje kan..pada hal 1st day tu takde buat apa2 keje sangat pon..just baca2 je..bosan pon ada ngan mengantok sehhh..2nd day ako diajar camana nak calculate premium insurans..3rd day ako diberi listing dan disuroh try call customer..1st day sampai 3rd day tu ako kat am assurance..then ari ke4 baru ako p kat ambank..memula rasa cuakz la..bila dah ada keje yang sebenar, makin terasa letihnya..staf kat ambank pon baik2 belaka..yang mana ako tak tau, ako tanya mereka dan mereka akan bantu kita dengan terbuka..masok hari kelima, keyakinan ako dalam keje ni seakan bertambah..ako mula selesa..mekaseh kepada staf am assurance ngan ambank yang banyak membantu dan paham keadaan ako yang baru je nak cari pengalaman bekerja..diorang pon tak push ako sangat..tapi still rasa susah hati takot cannot go dengan keje ni..apa2 pon ako harap korang doakan ako jadi yang terbaik dalam apa2 jua..mekasehhh.. ;)