ako ni buka main belasah je nak cakap camni..ako menulis ni berdasarkan bukti dan berlaku kat diri ako sendiri..agak geram dan sesak nafas jugak la time ako berhadapan dengan orang yang tak tau adab sopan ni..kompom dia tak reti menghayati rukun negara yang kelima "KESOPANAN DAN KESUSILAAN"..cuba korang bayangkan ako cakap sikit punya penoh beradab sopan (walaupon ada ketika nya ako agak laser..dan kawan2 ako telah menggelar ako mulot puaka..tapi ako sayang kawan2 ako tu semua..muahaha..)..yang dia ni pulak dok hangen satu badan dan bercakap dengan ako dengan cara yang sunggoh tak beradab langsong..jangan dek kerana kamu tu berbangga dengan posisi yang ada sekarang..kamu dah lupa adab sopan bila berkomunikasi dengan orang sekeliling..
ako bukan nak kata ako ni baik sangat ke apa..cuma sejahat2 mulot ako ni takde la sampai ako kurang ajar kalau sembang dengan orang2 sekeliling..lagi2 la kalau orang yang memang ako tak kenal..halo ! kamu tu dah berumur jugak la kan..lagi tua dari ako..tapi kesiannn semakin umur kamu meningkat ditambah dengan kononnya kamu itu sudah hebat sangat..kamu jadi lupa untu menyemai nilai2 murni dalam diri..lepas ni jangan hairan kalau takda orang nak hormat kamu ye..sori to say ako memang terus tak pandang kamu yang perangai ntah apa2..
tema nya di sini..korang semua jaga la adab pertuturan bila berbual dengan sapa2 pon..hormat la orang lain jika ingin kita dihormati..dan jangan lupa apa yang kita beri pada orang itu la yang akan kita dapat dari orang lain..penat kerajaan buat iklan sana sini untuk memupuk nilai2 murni dalam diri rakyat MALAYSIA tapi hasilnya agak sia2..so pikir2 kan la..
"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"
ORANG BERBUDI

