Showing posts with label MEMORI. Show all posts
Showing posts with label MEMORI. Show all posts

Thursday, September 16, 2010

RAYA..KERJA..KEHIDOPAN~HAPDET~

assalamualaikum n hello hello~

wah lama sunggoh aku tak hapdet belog ini..masa sangat mencemburui dengan aku nih..sampai selalu tak sempat nak kepoh2 kat dalam belog ni..kepenatan bekerja membuatkan aku berasa malas dan takde mood nak hapdet belog seh..sadisss!

rasanya maseh belom terlambat untuk aku mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN kepada semua umat muslimin dan muslimat seluruh dunia..chewahhhh seluruh dunia tuh~

camana raya korang tahon ni..?? bagi aku sendiri raya tahon ni tak terasa sangat pon..shopping pon tak..sadisss! kesian aku kan..tak pernah aku tak shopping raa tau..sejak dah keje ni aku takde masa nak jalan2 sangat pasai keje 6 hari seminggu..

raya tahon ni jugak macam2 kesah yang timbul..tapi aku tak dapat nak share dengan korang..takot menimbulkan kontroversi gituuu kan..pasai kesah nya ala2 gosip panasss u olsss..keje pulak ari isnin lagik aku dah start keje taw..seronok jugak mai keje time orang ramai bercuti..tapi jumaat ngan sabtu ni aku cutiiiiiii~ nak p anto adek balek UPM..

ermm yang satu ni aku memang boleh n nak share dengan korang..semalam 15september2010 aku telah kehilangan seorang junior (USM) yang sangat baek dengan aku..Mohd Hafizul Azlin atau lebih dikenali dengan panggilan Ba telah kembali menghadap Ilahi pagi semalam..beliau meninggal dalam tidur selepas solat subuh..betapa mudahnya beliau pergi kan..dah sampai masa dia..tapi aku sangat2 terkejutdengan pemergiannya itu kerana secara tiba2 je..semua kenalan terkejut dengan berita pemergiannya sebab dia memang nampak sehat dan malam sebelum dia pergi dia maseh boleh ber FB dan hapdet statusnya..

aku mengenali Ba time dia maseh first year dan aku pulak third year di USM..time tu tengah sebok2 nak cari peserta untuk wakil desa aman damai ke CITRAWARNA USM..sejak tu kitorang rapat..dia suka lagu hindustan, aku jugak suka..selalu kitorang karok lagu hindustan kat dewan aman sementara tunggu budak2 datang untuk practice..Ba manja jugak orangnya..paling aku tak leh lupa aku dan dia sangat2 suka buat tarian lagu jawa..kami pernah menari sama2 lagu selangit-mas idayu untuk persembahan karnival aman damai..ermmm terlalu banyak kenangan aku dengan Ba..tapi tak dapat nak aku share kat sini sebab aku rasa dah tak mampu nak meneruskan cherita aku ni.. :(


aku rindu sangat kat Ba..dia tak pernah menyakitkan hati aku..dia baik pada semua orang..Ba, akak doakan Ba tenang di sana..moga roh Ba dicucuri rahmat oleh-NYA..akak akan selalu mengingati Ba..sama2 lah kita doakan kesejahteraan Ba dan sedekahkan al-fatihah kepada dia..AL-FATIHAH~


notakakilima : hidup, ajal, jodoh dan rezeki telah ditentukan oleh ALLAH sejak azali lagi..tiada siapa dapat mengubahnya..kita sebagai manusia dan hamba-NYA hanya mampu berusaha dan merancang selebihnya ALLAH yang menentukannya..bersabarlah menempuhi segala dugaan hidop..ALLAH lebih sayangkan Ba sebab tu dia ambil Ba dulu..AL-FATIHAH untuk Ba~




post signature

Monday, April 19, 2010

NAKAL


sejak kebelakangan ni aku banyak spend time dengan kengkawan sekolah menengah..bila berjumpa tu ada saje cheritanya..cherita terbaru dan jugak cherita2 kenangan time sekolah dolu2..memang sangat best..bila ingat2 balek, kelako betol la..time sekolah menengah dolu ako memang leh tahan nakal jugak tau..group aku memang ramai ahli..pulak tu sekolah aku jenis semua student nya gurl..memang tambah2 la nakal nya..

ako nak sangat share dengan korang kenangan2 ako time sekolah menengah sepanjang tahon 1999-2005 iaitu dari aku form 1 sampai la upper six..hope korang enjoy..hehehe~~
  1. selalu ponteng kelas tambahan time form 3 pasal kelas tu setiap hari jumaat jam 1.30pm..time2 tu lebih syok jalan2 kat CS..

  2. turun rehat nak cepat..naek rehat memang lambat..lambat 20 minit..cekgu bengkek je tengok muka2 geng aku..

  3. aku pernah ponteng kelas dok kat belakang blok sebab dah lambat untuk masok makmal..takot kena sound dengan ckegu sains baik aku tak payah masok terus..

  4. selalu kena demerit sebab tak suka pakai simis n kain dalam..aku memang dah tak heran..

  5. pow budak2 kelas aku sorang seposen semata2 nak beli setin air COKE..kadang2 leh dapat beli 2 tin..

  6. sanggup menyorok kat dalam toilet dek kerana tak mau buat acara dalam sukantara..

  7. time form 6 asal cekgu takde je mula la p ke library yang agak jauh bloknya dari blok kelas aku..p library bukan untok menelaah pelajaran tapi sebab kat sana ada perkhidmatan internet yang membolehkan aku search pasal subjek2 yang berkaitan on myspace..

    :: geng form 6 ::
  8. homework add maths memang jarang2 buat sendiri..buku latihan pon jarang2 hantar..ha amek kau add maths aku time SPM dapat E8 je..

  9. memang tak suka bawak buku teks..aku jenis tak suka nak pegang2 barang..jadi buku2 yang tak muat masok dlam beg sekolah aku tu takpon rasa berat je..memang la aku tinggalkan je buku teks..

  10. xtvt feberet tiap kali akhir tahun sesi persekolahan musti main baling2 tepong+telor..samapai pernah kantoi dengan penyelia petang pastu kena kepong dengan cekgu2 time cuba untok lari..sudahnya ke bilik guru..

  11. suka sangat bebual dengan kawan sebelah time cekgu tengah ngajar sampai kena baling kapur u..

ermmm setakat ni itu je la yang aku leh terpikir pon..if ada lagik yang nakal2 aku wat pasrt 2 lak ea..bila dah pagi2 buta gini lemau sket nak pikir2..hahahah~~


notakakilima : zaman sekolah memang manis..rindunya..terasa nak kembali ke sekolah..tapi jadual ikot jadual sendiri..buleh gituuu..?? uweeee~~



post signature

Friday, March 19, 2010

MATA KAIL & IKAN



"Jika kamu memancing ikan, setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil terus ikan itu..Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja kerana ia akan sakit..Oleh sebab bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup.."

begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang, setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya..janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu..mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu..

memang betol..rasanya terlalu saket bila harapan yang diberi kepada kita hanya tinggal harapan..aku pernah rasa kesakitan itu..memang susah nak lupakan orang yang pernah meberi kita harapan untuk hidop bersama suatu masa nanti..banyak kenangan yang kita lalui bersama..tapi kesah lama itu telah kusemadikan dalam diari lama yang akan sesekali kubuka hanya untuk buat aku tersenyum bila membaca cherita itu semula..aku selalu doakan kau bahagia walaopon kau datang kepadaku dengan seribu harapan dan meninggalkanku dengan sejuta kehancuran.. :)

oleh yang demikian, jangan terlalu memberikan harapan kepada seseorang kalau kita tak pasti dengan apa yang kita buat tu..apa2 pon itu semua takdir dan jodoh yang dah ditetntukan..kepada yang kecewa anggaplah itu semua dugaan ALLAH kepada kita..ALLAH tidak akan menguji hamba2NYA mengikut kemampuan mereka itu sendiri..hadapilah apa yang mendatang dengan penoh kesabaran dan jalanilah hidop ini dengan penuh keceriaan.. :)

nah layan lagu ni ek..memang sheshuaiii tau..hehehe..



Lalala lala lala la
Lalala lala lala la
Lalala lala lala la
Lala lala

Sedih rasa tak terperi bila ku ketahui
Andai kasih yang kau beri tak sepenuh hati
Dalam manis kata mesra aku terpedaya
Engkau ada teman lain lebih istimewa

Mengapakah ( kau tergamak )
Mendustai ( diri ini )
Hatiku kau guris luka
Kau siakan ( harapanku )
Kau biarkan ( ku kecewa )
Mengapa hatimu kejam
Tiada betimbang rasa

Meski engkau telah pergi bersama si dia
Namun aku takkan lupa kisah suka duka
Waktu kita sedang bahgia dalam alam cinta
Kan ku kenang sampai masa ku menutup mata

Jangan lagi ( kau bertanya )
Jangan pula ( kau menyesal )
Hatiku kau guris luka
Biar aku ( sendirian )
Menempuhi ( masa/hari depan )
Semoga cahaya hidup
Bersinar di hujung jalan

Lalala lala lala la
Lalala lala lala la
Lalala lala lala la
Lala lala


notakakilima : bila dengar lagu ni teringat apa yang dia wat kat aku..tapi aku redha..apa2pon maseh suka dengar lagu ni..siap pernah karok nyanyi lagu ni lagi..tak boleh blah dia punya lalalalala banyak sangat..muahahaha~~



post signature

Thursday, March 11, 2010

SEREMPPP #1

tetiba time holiday kat penang ritu [holiday ke..??] aku mendapat idea untok wat entry pasal kesah2 seremppp yang aku ada..kota pikiran mula mengeluarkan idea "orait jugak kalau aku share dengan bolggers pasal kesah2 serempp yang ada dalam koleksi aku ni kan"..maka dengan itu aku telah bersetuju dengan idea itu..sempena bulan mac 2010 ini..aku ingin share dengan korang la pasal kesah2 misterii sama ada pengalaman aku sendiri atau pon cherita2 yang pernah aku dengar..korang pon leh share dengan aku ok..??

oraittt sebagai permulaan..aku nak share pengalaman aku sendiri..kesah yang satu ini berlaku masa aku umur berapa tahon ntah aku pon dah tak ingat..yang aku ingat time tu aku maseh bersekolah di sekolah rendah..aku dolu tu tinggal kat quarters hospital..quarters lama..yang mana bilik mandi berada di luar rumah..bilik mandi tu termasok toilet sekali le kan..jarak antara bilik mandi dengan pintu belakang rumah aku ada la lebih kurang lima langakah je kot..takde la jauh sangat pon..

suatu pagi yang hening tu [dalam jam 3 - 4 am] perot aku meragam pulak..tengok2 jam aiii macam tak berani gitu kan..tapi perot meragam dengan sangat dahsyat..makna kata memang aku dah tak boleh nak tahan2 lagi la..aku pon kejot ayah mintak tolong temankan..alahaiii..lenanya ayah tido sampai tak sedar aku kejot..aku ni pulak jenis yang tak berapa suka nak nyusahkan orang kejot2 time tido..aku pon mengagahkan diri p toilet sorang2..

aku membaca bismillah time kunci pintu dapur tu dah dibuka..aku pon berdesup masok toilet yang berada di luar rumah tu..tengah2 aku 'ehem2' tu..tengah takot2 tu macam2 ada dalam pikiran aku..korang nak tau apa..?? aku dok pikir "ee mesti hantu ni tau aku ada dalam bilik air ni sebab lampu bilik air aku je yang menyala".."camana kalau hantu masok bilik air aku".."agak2 aku bukak pintu bilik air ni nanti ada hantu tak kat luar"..mesti korang gelak kan aku kan..?? [bila pikir2 balek aku pon tergelak jugak..tapi budak kan macam2 dia leh pikir..lagi la tengah takot]

dalam pada aku dok pikir yang bukan2 tu..tetiba telinga aku ni terdengar bunyi mengilaiii..gila takotttt seh aku..ada la dalam tiga round bunyi mengilai tu pastu terus senyap..dengan suasana sunyi dan sepi pagi2 buta tu memang sangat jelas bunyi hilaian tu..aku kat dalam toilet dah macam nak melalak..tapi aku kuatkan semangat..hilang terus sakit perot aku..dah settle apa2 yang patot, aku pon bukak kunci pintu toilet berdesup masok umah..tak toleh kiri kana lagi dah..cepat2 kunci pintu dapur dan terus p sambong tido..

esoknya, aku menceritakan pengalaman aku kat adek, mak n ayah..ayah macam biasa la nak sedapkan hati anak2..ayah kata "ala takde apa la tu..perasaan je.."..ermmm itu la kesah aku..tapi siries beb..memang jelas bunyi mengilai itu..seremmppp..


notakakilima : sampai bila2 aku akan ingat benda ni..hilaian itu sungoh seram bagi aku yang maseh bersekolah rendah time tu..dah beso2 ni pon kalau dengar seram jugak wooo..tapi syukur alhamdulillah aku hanya dengar bunyi je..kalau dia muncol depan mata..tak tau la apa jadik kat aku..



post signature

Tuesday, February 16, 2010

REKOD KE ??



salam bahagia..chewahhh..skema gitu..korang, buhsan2 pepetang ni terasa nak wat entri pasal perkara2 baek, buruk, pahet, manes [kira ala2 rekod la kunun2 nya] yang pernah aku buat sama ada dengan sengaja atau tak sengaja sepanjang 24 tahon hidop di atas muka bumi ni :

  1. lepak kat depan bangunan PUBLIC BANK kat bandar JB tu tengah2 malam dengan member sigsjb..
    [time tu tengah under age]
  2. join CITRAWARNA USM untuk tiga tahon berturut2..
  3. tak tido dengan betol selama seminggu gara2 join projek warga USM..
    [dalam masa yang sama aku kena practice untuk citrawarna jugak]
  4. merayau2 jalan2 window shopping sehari suntuk tanpa membawak IC..
  5. jadi tokey jual jagung manes..walaupon hanya untuk tiga hari..
  6. ronda satu USM lepas kol 12 tengah malam bersama2 geng seremppp..
  7. memetir kat dalam kelas sebab bengang dengan cekgu time form 5..
  8. tengking ketua darjah sekolah agama..
  9. kena panggil dengan penyelia petang sebab main baling2 tepong kat sekolah..

  10. siapkan assignment pukol 2.30 petang..
    [deadline 4.30 petang hari yang sama]

  11. ponteng tutorial sebab nak skip wat presentation..

  12. tido kat bus stop depan City Square pasal ngantok sangat2, bas pulak tak muncol2..

  13. time sekolah menengah aku selalu 'POW' kawan2 aku sorang seposen untok beli setin air COKE..
    [kadang2 leh beli sampai 2 tin]

  14. bangon tido pukol 5 petang..

  15. dah jejakkan kaki kat semua negeri belah semenanjung MALAYSIA..
    [sarawak maybe next year, sabah tak tau pulak bila]

  16. menggayakan tudung sampai sejam pastu baru la elok..
    [time tu aku memang sangat tensionnnn]

  17. semunyik kat belakang blok sebab dah lambat nak masok makmal sains..

  18. dah pakai enam bijik buah henpon pelbagai model sejak mula pakai henpon masa umur 17 tahon sampai le sekarang..
    [nokia 3310->nokia 3610->nokia 3200->nokia 6260->nokia 7610->SE 810i]

  19. semunyik kat dalam bilik toilet yang kecik dengan yana, jaja, fatimah pasal cabot sukantara..

  20. sangat suka dengan hafiz hashim sampai aku kompol gambo2 dia dalam satu fail penoh..
    [itu dolu2 la, sekarang dah jadi fail sijil2 aku]



nota kaki lima : yang baek jadikan tauladan..yang buruk jangan la diikot2kan..rindu nya nak buat xtvt dengan geng2 SEREMPPP..lepas tu kongsi2 cherita hantuu..


post signature